hey
>

The Childhood Things


Assalamualaikum.
Hehe. Setelah sekian lama tak post pasal 'something to read', tiba tiba tadi aku dapat ilham dan terdetik nak post pasal kisah kecik kecik dulu. Tak pon, lebih tepat lagi, aku nak habaq pasal kisah AKU kecik kecik dulu. Hohoho. Eeii..tak malu~~

Childhood things tu maksud aku benda yang aku dok nak sangat time dulu dulu. Kononnya kempunan la ni. Pastu terus tak sedar diri buat post ni konon konon la ada orang nak belikan untuk aku. Puii..kurang kasih sayang hapa?

Dah. Toksah dok melalut panjang. Moh kite terus pergi kepada carta hati najwa latip :




1. Belon ajaib


Haa..neves la tuu tengok aku tulis belon ajaib. Mesti korang tertanya tanya kan apa itu belon ajaib? (tahap gedik mintak kena lempang). Tengok jeh gambor besar gedabak atas tu. Wajibla korang pernah nampak belon jenis ni kan?? SAHIH! 
Dulu asek berputeh mata je kalau tengok ada budak dok pegang belon ni. Macam nak gi rampas pon ada. Haha..(berani sangat la konon). Sampai sekarang pon, aku still mengidam nak ada belon ni :p
Kukuku..lantak pi la korang nak kata apa. Sukati aku la.



MyEm0.Com

2. Tanah liat dari kayangan atau nama kampungnya Play-Doh.



Ni lagi satu benda yang mampu buat aku tengok tak berkelip kelip. Pergh! Memang hebat ah objek dari kayangan ni. Boleh buat aku termimpi mimpi kot. Cuba bagitau, kanak kanak mana yang dapat tahan diri bila tengok menatang ni. Memang demam dibuatnya!
Sikit sikit ada iklan kat tv. Sikit sikit iklan. Saje je tauu..buat aku meroyan jeles. Tapi yang ni, aku pernah ada rasanya. Tapi bukan yang set dengan tools dia tu la. Bapak mahal sehh! Kalah fororo rosyer
Best tak best tanah liat ni, sampai tahap aku nak letak dalam mulut. Yes. Aku memang sinting sikit.


Main tanah liat ni jela jawabnye. Kat kedai RM2 belambak. Sumpah tak best. Dahla melekit kat tangan. Nyampah i..(stail budak bandar gedik tahap gaban)
Nyampah konon..padahal yang ni la hang dok guna nak buat denosor. Eksaited sampai meleleh ayak liyuk. Alahaii tadikaku.  







3. Kereta Kontrol UPSR


Kihkihkih. Aku saje je taruk UPSR tu. Sebab cita cita murni aku nak beli keta ni lepas exam UPSR tak kesampaian pasal tak jumpa model yang berkonan di hati. Cehh.. memilih sungguh! Demanding lebih. Kalah retis kauu. Lagipun time tu, keta kontrol ni memang tengah terhangat di pasaran pong. So, aku hanya dapat melepas gian dengan men'tibai' keta kontrol sepupu sepupu aku yang kecik. Ngeh~ngeh~ngeh



4. Barbie (original ver.)


Yang ni memang tak pelik sangat la. Tambah tambah jantina aku masa kecik kecik dulu female setahu aku. Biasalah Barbie disinonimkan dengan budak pompuan. Lainlah kalo yang tulis entri ni, jantina laki. Yang tu memang patut ditampar dua tiga kali supaya sedar diri. Macam biasa, aku menempek dengan sepupu jela jawabnya, Buat buat bodek dia, muka naif gitu..nak pinjam Barbie. Eh,eh..tak malu..



Takde Barbie punya pasal, patung kertas pon jadi la. Belasah saja la Labu... Kertas pon kertas la..



Hehe. Tu jela setakat ni yang aku ingat. Cara aku ni macam tak bersyukur pulak dah. Macam tak cukup cukup je games yang aku ada dulu. Yela, aku saje je nak berkongsi cerita. Mana la tau, kot kot korang pon ada termengidam jugak. Ahaks!
Ke aku ni kanak kanak lima tahun yang terperangkap dalam badan oghang tua???? (imaginasi lebih)
Wassalam.

2 comments:

Dikbee said...

patung kertas...dulu slalu beli kat kedai sebelah skolah...kadang2 kalu ada duit lebih beli ding dang..

Kara =) said...

hehe..kan? 20 sen je stu buku tu..
biasanya beli dingdang la.tora mcm mahal sikit

Done? Thanks for reading.