hey
>

Shopaholic? Err..mungkin? Entah.


Assalamualaikum. 


Musim mengundi baru je habis (baru la jugak kan). Demam PRU14 pon dah reda sikit tapi semangatnya masih bersisa. Cehh, berpuitis pulak tiba tiba pehal ko.

Masa warga UIA Kuantan dok berpusu pusu usung beg nak balik kampung sempena nak mengundi haritu, aku pulak terkedek kedek naik bas pergi Kiy El (KL). Berbekalkan beg galas ala ala nak travel Eropah (beg sekolah je pong), aku, Teah dengan Ada nekad membawa diri ke Pesta Buku Antarabangsa kat KLIA eh PWTC. haa overexcited sangat sampai kayal tah kemana mana. Malas nak betulkan. Gila apenya pesta buku kat klia.
Aku dahla tengah lapar ni. Oke. Dah makin mengarut.

Bukanlah rajin sangat aku ni nak pergi PWTC yang beratus kilometer jauh tu semata mata nak beli buku buku ilmiah (ilmiah korokmu). Tapi nak tak nak aku kena jugak letih letih hayun kaki pi sana sebab BB1M (baucer buku 1Malaysia) aku, ada lagi dua ratu$$$ tak habes.
Dua ratos tuu..takkan nak biar expired camtu je. Kecik hati Pak Jib nanti walaupun tu bukanlah pitis dia. lol.

Makanya, di sini memang aku taknak jadi hipokrit sangat la kononnya aku ni student yang sangat berdedikasi beli buku buku ilmiah. Memang RM150 tu semua aku borong komik. Hahaha. 
K.O.M.I.K. paham tak. Sikit lagi nak tertanggal aku punya bahu pasai dok ke hulu ke hilir usung berdozen dozen komik. Dengan backpacknye bapak berat nak mati. Setahun sekali la katakan. Ye dak?

Baki lima puluh hengget tu pulak aku belikan buku yang Umi kirim.  Haha. macam macik macik dah gayanya dok pilih buku time tu.  Lagipun, who cares? *amboi3. speaking kau Bedah*.
Semua 'buku'kers dok gila cari buku masing masing masa tu. Takde masanye nak pedulik hal orang lain. Ramai dia tu, masyaAllah . . takpayah cerita la. Kalau kentut sekalipon takde yang perasan gamaknye sebab gas tu pon tak tau dah nak tersebar kat mana. Sempit bebeno.

wahh. terkotor la pulak perumpamaan aku. Maaf. Maaf..

Masa jejak kaki kat Kiy El tu, kitorang sampai kat Pekeliling pukul 10 lebih (malam), then pakcik Ada yang baik hati ambil kitorang. *ayat berbaur bodekan*
Kiranya stay kat rumah pakcik dia la malam tu.  Sampai sampai je buat muka tak malu melantak nasi lauk paprik yang makcik Ada buatkan. Sedap!
Aww..segan kite tau tak *kauseriuskeni?*

Besoknya tu pon pakcik Ada pergi hantar kitorang ni ke PWTC nun. Dek kerana segan, muka aku dengan Teah dah menebal 10 sentimeter dah. Nasib baik tak gugur spek aku. Tak daya nak beli yang baru. Wawawa. *bukan wawa zainal tahu?*

Masa kitorang pergi tu, memang dah hari terakhir dah untuk pesta buku tu.  Asalnya tarikh akhir dia 6hb, tapi terpaksa diawalkan jadi 5hb. Hah, PRU14 punye pasal.


Tadaaa!!!  



Hahaha. Semangat capture gambar. Yang penting 'Encore' Lawak Kampus tu.!
Kagum gila tengok Vanness versi kartun Jepang. Hensem tahap super! 







Aik? Aikk? Haa.. Ustaz Don ni weh.  Ada 'talk' pulak tetiba masa dok merewang tinjau buku.
Layann.. memang penuh lah umat manusia time ni. Semua keje nak meng'capture'.
Ni aku bluetooth dari Teah je. Wawawa.

Tak mampu sehh nak capture. Berjaya menyelit pun dah kira bagus tahu?




Lebih kurang pukul 12 tengah hari tu, aku dengan Teah dah start nak gerak dari PWTC.  Our next destination is ----->
Jalan TAR. 
Haha..sekarang ni pesta beli belah pulak. Aduhaii.. mana tak rabak purse aku.  *tu yang alasan beli purse baru tuh* hahahaktuih

Dari PWTC tu kitorang bertiga mengharung lautan manusia (ceh) menuju Jalan TAR.  Masa ni memang dah tahap tergedik gedik dah aku. Yela. Orang kampung nak naik LRT la katakan. Tu pun tah LRT ke apetah. Cik Ada yang belikan tiket. Aku macam biasa la, main naik ja bah.
Ya Allah. . .memang mengada lebih la kan masa tu sampai koin biru tu pun aku lupa camno nak guna. Kuang  kuang kuang. Sampai akak dekat kaunter tiket tu dok terjenguk jenguk kepalanya melihatkan ke'darak'tan aku. 
Malu den. Cis.

Kitorang ucap goodbye kat Ada yang nak balik Batu Pahat dengan famili pakcik dia yang baikhati tadi.  Berpisah kami di sini. *muzik Kitaro jadi background*

Maka, sejak detik itu (huh?) bermulalah event shopaholic  oleh dua sisters uia kuantan di tengah tengah ceruk Kolumpo yang penuh liku itu.

Masa kat Jalan TAR tu entah hantu shopping mana yang rasuk aku ni. Mungkin hantu tu tak sempat pergi Masjid India. Mungkin. 
Tak pernah pernah seumur hayat aku membeli belah sampai cenggitu. Setahun sekali alasannya. Alahai..

Yang paling daebak, kitorang tinggalkan semua buku yang diborong kat pwtc tadi dekat kaunter simpan barang Mydin. Ohohoii.. senonoh sikit ea sisters dua orang ni.
Apa bulih buat, kami ni insan lemah yang pemalas. Tengah baik punya cuaca, sekali hujan lebat mencurah curah ke ladang gandum masa kitorang dok melantak dek kelaparan kat food court tepi Mydin tu.

Dah cuak tahap super dah masa tu mengenangkan plan nak bershopahorlicks bakal terkubur sia sia. Alhamdulillah hujan berenti lepas perut kenyang.   *happydancing*  

Then, after Isya' kitorang mulai waras dan balik ke rumah Ciksu aku dekat Pantai Permai. Fuhh, area Lembah Pantai tuuu.. 
Tahniah Nurul Izzah!  *tetibe*
Huh, kalau la korang tengok betapa 'gege'nya kawasan tu malam aku on the way pergi rumah Ciksu. Bising siot. Konsert karaoke bagai nak rak. Padahal rumah Ciksu aku tingkat tigabelas tahu? Punyalah berdentam dentum bunyi dia. Aduhaii masyarakat. . .Kiri kanan dah nak juling dah mata aku tengok melaut warna biru terang.
image

5hb tu berakhir dengan bahagianya dikelilingi komik dan segala mak nenek barang yang aku borong dekat Masjid India tu. Habuannya tak payah cakapla. Jari jemari aku yang tak berapa nak mulus ni bengkak bak belon kena isi air. Bahu tu rasanya dah jatuh 5 sentimeter.  *melampau pulak.haha*







Introducing my 'gewe' a.k.a teman travel. Hikhik. 

Kamilah sister yang mengharung Jalan TAR sehari sebelum #pru14.
"Comey tak Teah?"
"COMEY!!!!"
Kiuhuhu
Wat blur gambar pasai takut Teah marah. Kukuku.
Kat belakang tu ada sekelompok rakyat yang dok berkempen untuk parti pilihan masing masing,

Cuak jugak aku. Kang tiba tiba kena 'spray' macam Bersih. Naya.







Adios Kolumpo.  

Sayunya masa capture gambar ni. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat belajar.
Haha. Macam tak kena je bunyik dia.
Lokasi : lorong bangunan kat Masjid India
bukan lorong gelap harap maklum.

So, adakah saya shopaholic? Err..mungkin. Entah.
Tak rasanya.



 

p/s : sedih betul masa tengok bangunan Semua House. Teringatkan kompilasi YOYO yang tak sempat dihabiskan arwah Liana Afiera Malik. Lenyaplah kisah Yonna dan Kuzer dalam kamus hidup aku. Sops. *mode terkilan*  

Done? Thanks for reading.