hey
>

2012 - Adios. (random)

 MyEm0.Com ::Assalamualaikum::

Tak jawab dosa. (eh,tetibe)
=)

Wow. Ni hari terakhir untuk tahun 2012. Biar betul..
Err..betul la kan? Kan? Aku tak mimpi kan?  Ish,..rasa macam sekejap la pulak kan? (ayat takde modal)

Entri ni memang aku langsung tak terpikir nak buat.  Malas weh. Exam week ni weh... Tapi sebab ni last day untuk tahun 2012 yang konon kononnya omputeh dok kecoh cakap nak kiamat tu, aku pon bantai la mengarut apa saja untuk entri ni.
Kunun kunun last entri for the year la. Aiceh.

Mari, mari, baca apa aku nak mengarut..

Januari 2012 ritu aku still dok kat CFSIIUM sebagai sorang student asasi yang pemalas kat Petaling Jaya jauh nun di Selangor sana tuuu (rindu).  Tuptup, tetibe je dah 3 bulan lebih hidup sebagai mahasiswa kat Kuantan ni. Tua dah aku!! Tidaakk! Jangan panggil aku makcik! (sewel)
Tahun depan (esok je pon) aku bakal berusia 2 dekad+1 tahun.

MyEm0.Com
2 dekad+1 tahun..
2 dekad+1 tahun..
2 dekad+1 tahun..

(bergema)

Oke. Selesai histeria. Now, let's talk about weather.
Kat Malaysia ni memang dah sedia maklumlah bulan doblas tu bulan banjir dekat area Pantai Timur. (bukan pasaraya Pantai Timur oke?).  Dan opkos ler Kuantan tak lari dari fenomena banjir ni. Time kitorang exam pulak tu kan.  Alahai.



IMPIAN:: Nak payung lutsinar ni! Nak! Nak!


Hari ni first paper untuk student Fisio - UNGS2030K, The Islamic Worldview.  Pukul 9 pagi pulak tu.
Dua tiga hari sebelum ni elok elok je cuaca cerah sepui sepui base. Memang sesuai bebeno nak jemur baju.  Tapi tak semena mena hujan lebat tak berenti renti sejak semalam. Lalu, baju aku pon tak kering kering.

Jalan raya dekat UIA ni toksah cite la..dah macam swimming pool dah(hiperbola).  Pagi tadi memang kitorang kena harung air lah masa nak pergi exam hall tu.  Tapi Sister jela. Brother pakai motor..ceh.
Tapi kena hujan jugak. LOLOL.
Kan bagus kalo exam kat bilik je. Sambil makan cekedis. Hahaha..
"Sebenarnya musim musim sejuk macam ni bagus kalo tido." MyEm0.Com
 Aww..bagusnya statement anak dara ni.  Macam nak libas.

Sampai je dekat KAHS, exam hall tu wujud al-aircond pulak dah. Halaweh. Sejukbeku pulok doh! Kaki pon dah kecut sekecut kecutnya mengalahkan asam kecut.  Exam slip aku takpayah cakapla..  Lembik lunyai kena air hujan.



-IKLAN LAGI-
Nak payung ni!!!!!!!!!  Sumpah kiut.



Maka, kami kami yang kiut ni pon menjawablah soalan exam dengan kesejukan bak Gunung Everest tu.  Mujur takde yang brainfreeze. (melampau la pulak)

Ahh. Dah malas nak menaip. Baibai.

p/s : tak sangka aku sanggup post benda mengarut macam ni. sangat sangat tak sangka.  MyEm0.Com

Kipas Cinta


Hehe..Yo!
Dah lama bebenor aku tak jenguk cik blog ni. Busy study lah kunun.
Oke. Aku tipu..Tak study hapa pon sebenarnya.  >.<

Tiba tiba terdetik pulak kat lubuk hati nak taip entri pasal satu alkisah yang berlaku dalam dunia student Fisio minggu lepas. Hehe..Tak lain tak bukan alkisah 'kipas cinta'.

Pernah main tak game kipas nih? Takkan tak pernah buat kipas guna kertas A4 tu kot..Yang kena lipat lipat sampai jadi kipas Cina tu.  Alah, yang korang dok belajar masa tadika dulu dulu.
Simple je game ni. 
Tujuan utama : nak cakap apa jua benda yang terbuku dalam hati pasal seseorang individu tu..tak kisahla mau puji ka, mau condemn ka, mau melamar ka..Eh,Eh. Yang tu over. Ingat cite Mohabbatein ke nak confess pakai daun kering??

Dipendekkan cerita, tu la aktiviti kitorang sekelas (Fisio) pada minggu lepas.  Mula mula tu aku agak 'hangen' la jugak pasai petang tu turn aku dengan Cik LB conduct senamrobik. Kitorang dah plan nak praktis seminit dua sementara ada 'gap' masa lunch tu..sekali ada aktiviti mentut ni pulak. Ah, lantak pi la yang tu. Benda dah lepas. Dah selamat habis senamrobik dah pon.

Oke. Berbalik pada topik kipas tadi.  Haa..aku saje je letak nama 'Kipas Cinta' tu..haha..konon perasan kreatif sikit.  Tapi memang betul pong. Lepas kipas tu dah sampai balik kat tuan masing masing, semua khusyuk dok baca komen kat kertas tu. Gaya dah macam baca surat cinta aku tengok. 

Eleleh, cakap orang pulak..aku pon sama je sebenarnya. Kihkihkih.  MyEm0.Com

Tapi satu benda yang aku rasa bersalah gila >>> bersalah + nak gila..
aku tersalah tulis komen kat sorang hamba Allah ni. Ceit. Tah pekebenda la aku dok pikir time tu. Kepala pusing sehh!
Malasla nak taip balik kan ayat tu..aku pon dah lupa + hilang ingatan. 

Tapi yang pasti sepasti pastinya, maksud ayat tu lari terus daripada niat asal. Haha..Kesian la individu tersebut. Lagi nak tambah rasa bersalah, ada la bunyi gosip soksek soksek, kononnya lepas insiden kipas cinta tu, hamba Allah yang bernama polan bin si polan ni secara drastiknya bertukar jadi manusia yang 'down' tahap mak nenek.
 Maaf pak! Aku enggak sengaja,

Time aku dapat balik kertas aku tu, fuhh! Macam nak terkeluar jantung, paru paru, hati serta limpa aku ni. Nervous tahap gaban weh! Mana tak nervousnya..masa gini la kita dapat tau apa orang dok pikir pasal kita...

Yela. Selama ni dok gelak gelak sesama..dok gurau gurau..ko tampa aku, aku tampa ko..blablabla..tapi kita tak tau apa sebenarnya yang dalam hati kengkawan sekelas kita.  Entah entah sekali ada je yang bengang tahap dewa dewi kat kita rupa rupanya.  Mau tak gabra lu..

Overall, kipas cinta aku tu oke la. Takde la kes terjun bangunan KAHS (Kulliyyah of Allied Health Sciences) lepas aktiviti tu. Haram tauu..takmo, takmo.

Cuma.......cuma.....
Aku dapat trademark Sadako. LOL.
Korang paham tak? SADAKO! Haha..Aku horror dan pelik.Sekian

MyEm0.Com <<< nosebleeding
Okbai.



HELLO. I'M SADAKO.
"Anda horror dan pelik. Sekian"-Anonymous-






'Hello Kitty Sadako' tengah merangkak keluar dari TV. Horror dan pelik.







Keroro Sadako juga tengah merangkak keluar dari TV korang. Awww..horrornya!










Warghhhh! Makan budak!!! Akulah Keroro Sadako. (keluar dari perigi buta)






Last but no least..terimalah cenderahati dari tuan blog...
Potret Sadako.



Oke. Semua ni memang seriously takde motif.  Pfft.  MyEm0.Com

p/s : Ampun kalo ada yang tetiba mengigau lepas nengok potret Sadako tuh. Tak dapek den nak nolong eh.

Fisioterapi dan Skill Berenang


Dengan ter'publish'nya entri ni, maka rasmilah entri pertama untuk bulan November ni.

Haha..melalut..melalut.
Kali ni aku nak kongsi satu info tentang kos Fisioterapi. Ehemm!
Kos ni sangat tough. Perlukan kesabaran yang tinggi. Rasanya semua orang tahu kot. 

Tapi aku bukan nak 'mencurah perasaan' pasal ke'tough'an kos yang aku pilih ni. Tapi pasal skill atau kemahiran yang WAJIB dikuasai oleh semua budak Fisio. Ulala..

Skill apa tu? Skill berenang..Ya..betul tu murid murid.  MyEm0.Com


Swimming skill 



Pendapat aku tentang swimming ni : Sangat best! Hohoho..(gaya Santa Klos)
Sape yang tak suka berendam dalam kolam renang kan? Kegilaan sejak kecik tu weh..Yela..bak kata pepatah yang aku reka sendiri ... 'budak dan air tak dapat dipisahkan.'

Tak tau la pulak aku kalau ada yang tak suka mandi kolam. (yang fobia tu tolak tepi la)

Pelik ke dengar kaitan antara Fisios dengan berenang ni? Toksah pelik dan penuh tanda tanya oke..

Rawatan terapi kan ada banyak jenis. Salah satunya adalah Hydrotherapy/Aquatherapy di mana pesakit kena dok dalam air. Maka wajiblah student Fisioterapi tahu berenang. Kalo pesakit lemas, tak ke naya kalo kitorang hanya mampu terpekik "Help! Help!" sebab tak boleh nak selamatkan dia..
Tak pasal pasal kena saman you!

Aku tak tahula Universiti atau kolej kolej lain. Tapi dekat UIA ni atau nama glamernya - School of Physiotherapy, kitorang kena reti berenang.
Bukan berenang renang skill kampung (bak kata Madam Narimah) tapi skill mantop punya lah!

Tak rugi pon apa yang kitorang belajar ni. Untuk diri sendiri dan masyarakat. Sunnah Rasulullah S.A.W lagi tu.

Hari Sabtu kelmarin, kitorang sekelas (sister sahaja) dah start sesi pertama. Nasib baiklah aku dah pandai berenang sikit sikit sebelum ni walaupun tak expert, skill salah, tunggang terbalik blablabla..
Skill pertama yang diajar : cara nak terapung.

Kesian tengok sesetengah classmates yang tak yakin + takut nak terapung. Aku pulak yang sedih lebih lebih jadinya.

Tapi keazaman dorang memang buat aku kagum sungguh. Dah tertelan bergelen gelen air, hidung dah merah, mata sampai berair air, tapi still dorang try jugak sampai dapat buat.

Yang untungnya, aku ni tinggi (la jugak)..So, masa mula mula belajar tu takdela tenggelam terus pasai kaki boleh cecah dasar kolam. Ehehe..
Tapi classmates yang 'renek' sikit tu, haihh, kesian weh!

Harap harapnya, kitorang sekelas dapatlah 'graduate' dari kelas swimming ni dengan jayanya. Demi bangsa dan jugak negara. Eh?!


 "Keep swimming~swimming~" - Dory, Finding Nemo.


Iklan seminit : Memang terserlah kemerengan kalau aku pakai goggle ni..


p/s : Kalau ada hasrat nak pilih bidang Fisioterapi, belajarlah berenang awal awal ;)


 Sabda Nabi SAW : "Ajarlah anak-anakmu BERENANG dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda." Hadis Riwayat Ahmad 



Segmen Colour Monster



 

HAI!


woot~woot~
Nampak tak banner 'simple tapi cute' kat atas ni? Haa..Kali ni aku nak join segmen kaler kaler doodle pulak. Segmen ni dianjurkan oleh blogger muda - Nisha. 

Segmen ni memang menarik habis lah! Ala ala pertandingan mewarna yang korang dok heksaited join masa kecik kecik cili padi dulu. Bezanya, kali ni dah takyah susah susah beli Luna atau Stabilo dah. Dah takde sesi menunjuk nunjuk pensil warna dah. Semua pakai tools.

Senang je cara nak join. Macam biasalah, klik je banner segmen kat atas tuh. Terus backlink dekat blog empunya segmen. Kat situ pandai pandailah korang menggodam segala syarat syarat segmen.
Takpayah nak pikir ..." Ah,camno? Aku tak reti mau buat doodles"
Cik Nisha ni dah sediakan doodles kosong. Tinggal nak kasi korang hentam keromo je kaler dia tu. Pilih je ikut suka mata, nak doodles yang mana. Semua kiut liut miut. Tema doodles : Monster.

Err, aku rasa korang dah paham dah awal awal. Saje je nak explain lebih. Gediknya alahai. Lempang kang.

Jjajann! Saya mempersembahkan..
Mini Monster

Daripada gini :


Kepada gini gini gini :


JENG! JENG! JENG!
Mini Monster dok pegang pa tu?
Entahla. Dia suka bebenor dok heret tali, pi mai pi mai tang mana tah.
Konon dok mencari cinta la tu. Huh! Tak padan dengan robot..



Ada satu lagi! Haaa..




Lepas  berpeluh peluh kaler ...


Ni la dia geng monster penangkap tikus yang terhebat abad ini.
Tu diaa...dok kalut cari tikus. Muka cuak padahal..Jalan pon rapat rapat
Yang rambut hitam tu : Leha
Yang biru berdot dot tu : Atan
Yang kecik cenonet tu : Samad



Oke. Aku tau buruk. DIAM!  DIAM! Ala...nama pon monster. Sahih la burok. (sedapkan hati)
Sebabnya aku tak puas hati lagi. Tapi pasai kepala otak dah pusing semacam nak mengedit monster ni. Aku pon 'close and save'.
Mula mula tu aku ingat "Alahh, kacang je ni."
Rupanya silap. Akhirnya aku sodar diri, aku ni bukanlah pakar mewarna doodle. Kelam sebentar duniaku.
Memang berpeluh la nak buat. Haihh..Apa kejadah la semangat sangett kan?

Hah! Best kan segmen ni? Jangan hangpa dok risau la. Ada hadiah disediakan untuk pemenang. Tu dia part paling penting. Kan? Kan? Haha..aku tau la..Takyah nak malu malu pasai aku pon sama. :p

Tarikh tutup : 31 OKTOBER 2012.

"Moh ler kita mewarna monster sampai burok.."

Bubbly Segmen 2012: Exchange Link Jom?

  ASSALAMUALAIKUM  


Hey, hey.. Selamat hari raya AidilAdha kat semua bloggers yang beragama Islam. Kenyang la tu makan daging lembu..Aishh..nak meleleh air liur pulak bila dok sebut sebut. Yum! Yum!

Aku ni bukan kemain seronok beraya sakan. Habes semua assignment tak bersentuh. Jeling pon idok.
Study entah ke mana mana.
Exam dibiarkan begitu saja.
Apaaa la nak jadi!

Ouh! ouh! Tersimpang jauh dah aku.
Entri ni sebenarnya nak ajak join satu segmen khas dari sorang blogger hepi-go-laki, Farah Waheeda. Ni segmen beliau yang first. Kat sini aku ada 'copypaste' butiran segmen. Terjah la weh!


SYARAT-SYARAT SIMPLE:
1. Buat tajuk entri: Bubbly Segmen 2012: Exchange Link Jom?
2. Copy banner kat atas nih dan linkkan ke blog page saya...^_^
3. Tag 3 orang blogger (nak tag pown boleh, x nak tag pun boleh)
4. Tinggalkan link entri di ruang komen di bawah... ^_^


Haa..dah baca? Rasa berminat? Dah, tak payah nak tunggu rasa dulu, terus je join, jom! Kalau mau terjah blog pemilik segmen ni, jangan nak malu malu klik banner sweet kat bawah nun. No charges.

Segmen ni ada kelainan sikit dari segmen yang aku selalu dok join tuh. Setiap link yang di'exchange'kan kononnya tuu, konpem konpem jadik featured blog untuk November depan ni. 
Ingat..November je..

Tarikh tutup : 24 November 2012.

Hayya..hayya bina~





klik banner!

Pink akhirnya!

 ASSALAMUALAIKUM


Hehe. Akhirnya aku dapat jugak berus gigi warna pink. Pasni aku nak braces pink pulak. Kihkihkih..sori..entri ni agak entah hapa hapa sikit.
Berus gigi pon hang nak tunjuk ka?

Ah, sudah....buang tebiat apa aku ni?? Makin menjadi jadi ke'pink'annya..
Mana warna hitam yang ku puja puja dulu..
Adakah ini tanda tanda..err..err....ah, lantak pi la.

ADA APA DENGAN PINK?
-rangga-

Hoh. Kemain edit :p
Kau hado??? Okbai.


Segmen : 8 Things About Me


 ASSALAMUALAIKUM


Woot~woot~
Tengok atas tu! Ada banner kiut rekaan Mr. Moustache untuk segmen first beliau '8 Things About Me'.
Tak payah borak panjang. Mari kita mulakan. (oh skema!)


Eight - Things About Me
1. penuntut di UIAM Kuantan (haha..bapak malas, tulis short form)  
2. student di School of Physiotherapy (pewiit)
3. bila dah start 'menggila', selalu over tau..
4. oh, dari Pasir Mas, Kelatam!
5. menggemari makanan (level infinity)
6. banyak cakap..cakap banyak..potpetpotpet
7. tapi depan cikgu, sayalah si pendiam (well~well~)
8. mampu untuk jadi mereng kalo nampak komik..aaAAa!

Seven - Hobbies
1. opkos la baca komik
2. makan, melantak dan mentekedarah
3. researching atau nama kampungnya stalking..kihkihkih
4. ulang2 tengok cite sama (psiko hapa?)
5. melukis dalam kelas masa cikgu ngaja
6. main game..main..main..main..
7. lastly, kutemui minat baru >> swimming =)

Six - Things I Hate
1. panas terik..oh..payung plis
2. shopping..TIDAK!

3. bau rokok, asap rokok..segala galanya pasal rokok   
MyEm0.Com
4. internet lembap..macam nak lempang
5. CEWI! eh..tu person la..opss.
6. exam..hehe..klise nya

Five - Song I Like
1. Talking To The Moon
2. Bubibu - A Pink
3. Tentang Rasa - Astrid
4. Baby Baby - SNSD
5. Call Me Maybe - unknown

Four - Favourite film/drama/musical/series
1. A Little Thing Called Love
2. Soda and Iced Tea
3. Beastly
4. Bride of The Sun

Three - Favourite Food
1. Nasik! Kahkahkah
2. Lauk! 
3. Wajib ada air pastu. ;p


Two - Wishes  
1. nak ada tukang masak peribadi..ohlala~ 
2. nak tengok, sentuh Kaabah depan mata sebelum pergi..

One - Quote
1. no results found for "quote"


Begitulah lebih kurang yang dapat aku coretkan untuk segmen ni. Haa..korang macam mana pulak? Dah, dah..tak payah nak join sangat. Sebab tarikh tutup dia hari ni. 
Alahai aku ni..selalu sangat terlambat join segmen.

Tapi kalau korang rasa sempat je nak join segmen best ni, klik je banner Mr. Moustache tu oke?
Semua description lengkap ada kat sana. Mana la tau kan, kot kot bertuah, dapat ler masuk bloglist Incik Mohamad Solehin ni..Kehkehkeh.
Jom ber'8 things about me'!

The Childhood Things


Assalamualaikum.
Hehe. Setelah sekian lama tak post pasal 'something to read', tiba tiba tadi aku dapat ilham dan terdetik nak post pasal kisah kecik kecik dulu. Tak pon, lebih tepat lagi, aku nak habaq pasal kisah AKU kecik kecik dulu. Hohoho. Eeii..tak malu~~

Childhood things tu maksud aku benda yang aku dok nak sangat time dulu dulu. Kononnya kempunan la ni. Pastu terus tak sedar diri buat post ni konon konon la ada orang nak belikan untuk aku. Puii..kurang kasih sayang hapa?

Dah. Toksah dok melalut panjang. Moh kite terus pergi kepada carta hati najwa latip :




1. Belon ajaib


Haa..neves la tuu tengok aku tulis belon ajaib. Mesti korang tertanya tanya kan apa itu belon ajaib? (tahap gedik mintak kena lempang). Tengok jeh gambor besar gedabak atas tu. Wajibla korang pernah nampak belon jenis ni kan?? SAHIH! 
Dulu asek berputeh mata je kalau tengok ada budak dok pegang belon ni. Macam nak gi rampas pon ada. Haha..(berani sangat la konon). Sampai sekarang pon, aku still mengidam nak ada belon ni :p
Kukuku..lantak pi la korang nak kata apa. Sukati aku la.



MyEm0.Com

2. Tanah liat dari kayangan atau nama kampungnya Play-Doh.



Ni lagi satu benda yang mampu buat aku tengok tak berkelip kelip. Pergh! Memang hebat ah objek dari kayangan ni. Boleh buat aku termimpi mimpi kot. Cuba bagitau, kanak kanak mana yang dapat tahan diri bila tengok menatang ni. Memang demam dibuatnya!
Sikit sikit ada iklan kat tv. Sikit sikit iklan. Saje je tauu..buat aku meroyan jeles. Tapi yang ni, aku pernah ada rasanya. Tapi bukan yang set dengan tools dia tu la. Bapak mahal sehh! Kalah fororo rosyer
Best tak best tanah liat ni, sampai tahap aku nak letak dalam mulut. Yes. Aku memang sinting sikit.


Main tanah liat ni jela jawabnye. Kat kedai RM2 belambak. Sumpah tak best. Dahla melekit kat tangan. Nyampah i..(stail budak bandar gedik tahap gaban)
Nyampah konon..padahal yang ni la hang dok guna nak buat denosor. Eksaited sampai meleleh ayak liyuk. Alahaii tadikaku.  







3. Kereta Kontrol UPSR


Kihkihkih. Aku saje je taruk UPSR tu. Sebab cita cita murni aku nak beli keta ni lepas exam UPSR tak kesampaian pasal tak jumpa model yang berkonan di hati. Cehh.. memilih sungguh! Demanding lebih. Kalah retis kauu. Lagipun time tu, keta kontrol ni memang tengah terhangat di pasaran pong. So, aku hanya dapat melepas gian dengan men'tibai' keta kontrol sepupu sepupu aku yang kecik. Ngeh~ngeh~ngeh



4. Barbie (original ver.)


Yang ni memang tak pelik sangat la. Tambah tambah jantina aku masa kecik kecik dulu female setahu aku. Biasalah Barbie disinonimkan dengan budak pompuan. Lainlah kalo yang tulis entri ni, jantina laki. Yang tu memang patut ditampar dua tiga kali supaya sedar diri. Macam biasa, aku menempek dengan sepupu jela jawabnya, Buat buat bodek dia, muka naif gitu..nak pinjam Barbie. Eh,eh..tak malu..



Takde Barbie punya pasal, patung kertas pon jadi la. Belasah saja la Labu... Kertas pon kertas la..



Hehe. Tu jela setakat ni yang aku ingat. Cara aku ni macam tak bersyukur pulak dah. Macam tak cukup cukup je games yang aku ada dulu. Yela, aku saje je nak berkongsi cerita. Mana la tau, kot kot korang pon ada termengidam jugak. Ahaks!
Ke aku ni kanak kanak lima tahun yang terperangkap dalam badan oghang tua???? (imaginasi lebih)
Wassalam.

Freebies : Back To Top 'Scarf'


Assalamualaikum.
Sori sangat sangat. Setakat ni aku asyik reti buat 'Back To Top' je.
Masih takde idea untuk doodles or whatever.
Take times kot ;p

MyEm0.Com



topscarfbluesample.png

http://imageshack.us/a/img341/4785/topscarfblue.png


topscarfgreen.png

http://imageshack.us/a/img823/5216/topscarfgreen.png


topscarforensample.png

http://imageshack.us/a/img600/9692/topscarforen.png


topscarfpinksample.png

http://imageshack.us/a/img823/8828/topscarfpink.png


topscarfpurplesample.png

http://imageshack.us/a/img88/3894/topscarfpurple.png





 SELAMAT MENCUBA =)









Done? Thanks for reading.