hey
>

Fisioterapi dan Skill Berenang


Dengan ter'publish'nya entri ni, maka rasmilah entri pertama untuk bulan November ni.

Haha..melalut..melalut.
Kali ni aku nak kongsi satu info tentang kos Fisioterapi. Ehemm!
Kos ni sangat tough. Perlukan kesabaran yang tinggi. Rasanya semua orang tahu kot. 

Tapi aku bukan nak 'mencurah perasaan' pasal ke'tough'an kos yang aku pilih ni. Tapi pasal skill atau kemahiran yang WAJIB dikuasai oleh semua budak Fisio. Ulala..

Skill apa tu? Skill berenang..Ya..betul tu murid murid.  MyEm0.Com


Swimming skill 



Pendapat aku tentang swimming ni : Sangat best! Hohoho..(gaya Santa Klos)
Sape yang tak suka berendam dalam kolam renang kan? Kegilaan sejak kecik tu weh..Yela..bak kata pepatah yang aku reka sendiri ... 'budak dan air tak dapat dipisahkan.'

Tak tau la pulak aku kalau ada yang tak suka mandi kolam. (yang fobia tu tolak tepi la)

Pelik ke dengar kaitan antara Fisios dengan berenang ni? Toksah pelik dan penuh tanda tanya oke..

Rawatan terapi kan ada banyak jenis. Salah satunya adalah Hydrotherapy/Aquatherapy di mana pesakit kena dok dalam air. Maka wajiblah student Fisioterapi tahu berenang. Kalo pesakit lemas, tak ke naya kalo kitorang hanya mampu terpekik "Help! Help!" sebab tak boleh nak selamatkan dia..
Tak pasal pasal kena saman you!

Aku tak tahula Universiti atau kolej kolej lain. Tapi dekat UIA ni atau nama glamernya - School of Physiotherapy, kitorang kena reti berenang.
Bukan berenang renang skill kampung (bak kata Madam Narimah) tapi skill mantop punya lah!

Tak rugi pon apa yang kitorang belajar ni. Untuk diri sendiri dan masyarakat. Sunnah Rasulullah S.A.W lagi tu.

Hari Sabtu kelmarin, kitorang sekelas (sister sahaja) dah start sesi pertama. Nasib baiklah aku dah pandai berenang sikit sikit sebelum ni walaupun tak expert, skill salah, tunggang terbalik blablabla..
Skill pertama yang diajar : cara nak terapung.

Kesian tengok sesetengah classmates yang tak yakin + takut nak terapung. Aku pulak yang sedih lebih lebih jadinya.

Tapi keazaman dorang memang buat aku kagum sungguh. Dah tertelan bergelen gelen air, hidung dah merah, mata sampai berair air, tapi still dorang try jugak sampai dapat buat.

Yang untungnya, aku ni tinggi (la jugak)..So, masa mula mula belajar tu takdela tenggelam terus pasai kaki boleh cecah dasar kolam. Ehehe..
Tapi classmates yang 'renek' sikit tu, haihh, kesian weh!

Harap harapnya, kitorang sekelas dapatlah 'graduate' dari kelas swimming ni dengan jayanya. Demi bangsa dan jugak negara. Eh?!


 "Keep swimming~swimming~" - Dory, Finding Nemo.


Iklan seminit : Memang terserlah kemerengan kalau aku pakai goggle ni..


p/s : Kalau ada hasrat nak pilih bidang Fisioterapi, belajarlah berenang awal awal ;)


 Sabda Nabi SAW : "Ajarlah anak-anakmu BERENANG dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda." Hadis Riwayat Ahmad 



Done? Thanks for reading.