hey
>

Sabah Trip (original version)

..Assalamualaikum..

Lagi sepuluh minit nak pukul 1 pagi dan semangat untuk meng-entri-kan diri tetibe menaik dalam blood vein aku. Jadi sebelum hilang mood mahupun hilang ingatan pasal trip gi jejalan kat Sabah ritu, baik la aku merepek sekarang.
Lagipon sebagai usahawan anggur yang kurang berjaya sekarang boleh la aku tido lambat. -Bukan aku memang burung hantu ke selama ni?-

Seriously tak payah nak bagitau sangat part pukul 1 tu rasanya.,. tapi..tapi.,.sukati aku la!

Kalo sebelum ni aku ada post entri pasal trip gi Sabah, and yes..tu bukanla trip sangat. Gi rombongan kawin je pong~
But this second trip barula betol betol trip. That's why la aku macam bagus je taruk 'original version' tu..Yela, macam biasa la, temanya kan 'Mengarut Selagi Boleh'.,.puii~

Trip gi Sabah kali ni sekali lagi aku jadik bidan terjun *hiba*. Maksudnya tiket flight adalah tiket last minute dan sangatla mahal nak mampos..semestinya bukan guna pitis aku la kan..Kalo tak, memang subuh subuh lagi aku dah cancel. Asalnya ada 4 orang je yang pergi -Umi,Abah,my sepupu,Ain and my mak sedara,Mama-. Tapi pasai depa takut Mama ta bule ikot *because of her unwell condition*, lalu aku pon dijadikan bidan terjun untuk menemani my sepupu ni.
Nasib baik la aku ni sentiasa lengkap dengan payung terjun walau di mana berada. ceitt.
Menyayat hati tak?  *bukan nak bersyukur dapat gi* *kacang lupakan kulit dan sebagainya*

Yang tak boleh belah dan potongnya, Mama gi je padahal -_-"
Kira rejeki aku la tu..kukukuku...Jap,jap. Ni apekes intro je dah tiga pat chapter ni?? -spoil-
Sure entri kali ni akan panjang berjela jela berekar ekar ber'Km' 'Km'..sila blah kalo menyampah. 

Oke la. Pi Sabah ni kitorang dok ronda kawasan KK tu ja. 
*Cosmopoint KK..semuanya ada di KK* 
-serius macam dotdotdot iklan ni.       MyEm0.Com

Tu pon aku rasa dah serik plus bertobat takmao dah gi dengan depa depa ni. Bukannya apa, tapi masa shopping aritu..Ya Allah! macam dah tak nak bagi can orang lain gi kedai tu. Bapak seram bila ingat balik. Punyala cramp kaki. Aku rasa jalan macam dotdotdot dah.. Apa dotdotdot tu aku pon taktao.. Tapi memang hudoh sungguh! Terkengkang kengkang....Udah sakit plus lenguh apa bley buat..

Alkisahnya.. mula mula sampai KK ni kena la booking teksi dulu untuk gi ke pusat bandar dari epot tu. Trip kali ni kitorang stay kat TuneHotel. Murah. Senang. Tak mampu aihh nak lepak kat hotel bak palace bagai.. *meremang bulu roma bila teringat rumah panjang. sumpah aku taknak.
Dari epot nak gi hotel tu, kira kira 25 menit jugakla (bajet Indon). Cakap kat pakcik teksi tu mao pergi 1Borneo.
"Apa itu 1Borneo?"  MyEm0.Com
Sekali lagi aku perasan kononnya tengah buat temuramah. puii.

1Borneo ni macam satu rangkaian bangunan yang lengkap dengan shopping mall, le hotelss, bank, kedai itu kedai ini.. Senang cakap, memang ada semua yang sangatla diperlukan oleh traveller. Ahaks!
Itu apa yang aku paham la berdasarkan observasi. *wujud ke perkataan tu?

Tempat first yang kitorang pergi - Pasar Kraftangan a.k.a Pasar Filipina. Tempat ni mendapat jolokan 'syurga beli belah' kat KK ni. Oke. Aku tipu. Tu aku yang pandai pandai kasik. 
Tapi kalo korang pegi KK, sila datang kat tempat ni. Sabah kan femes dengan mutiara. Rugi la kalo pergi tapi tak bawak balik satu tong. Ye dak?? Mutiara kat sini sangatla murah sampai terbeliak butir mata. Nak kentut pon takpe.


That's not all. Kraftangan dan cenderahati sekali lagi aku cakap, murah nak mamp..But semestinya kena pandai tawar menawar dan memujuk macam Mak Jemah of course. Makanan kering pon murah sampai famili aku berkotak kotak bawak balik. Tak sedar betol yang kitorang ni sebenarnya takde kapal selam melainkan naik flight semata mata. 
*reminder : jangan lupa beli biskut cincin bila pi KK....cosmopoint kk.....lalala....bitch please.


Pasar Filipina yang luas plus panjang sampai kaki aku cramp. Dalam gambar memang la ciput cikenit je. Sila memahami.







Ni salah satu kedai aksesori mutiara. Kristal pon bersepah. Ni baru satu view. Kompem la pengsan pat lima kali kalo mak mak Jemah yang suka melaram tu tengok. 







Ada 'food court' kat tepi Pasar Kraftangan tuh. Menu utama opkos la seafood,siput,ciput,semput..pasai dia betoi betoi tepi laut. Takdak pantai. Laut terus. Sekali lagi aku cakap, laut terus. Lepas pilih pilih, dorang akan bakar (panaskan balik) makanan laut ni. Memang stail gitu bah..







WAJIB CUBA! Haa..kan aku dah bagi wajib tu..amekaw. Ni la rumpai laut namanya.. Rasa dia, perghhh..macam nak order semangkuk 'large size' gitu. Rupa dia memang tak sehensem ciken cop atau seayu fish 'n' cip, tapi serius sedap! Rangup bak hang~ Taruk air asam dengan sos lada. Sungguh menyelerakan uols..
Benda cenggini mana la boleh ketemu kat Semenanjung ni. Baik la hangpa makan.









Aku dah lama rindu mengidam nak makan sotong bakaq. Akhirnya terlaksana jua..Yang tengah tu ikan pari, yang kiri yang dok ternganga tu ikan kerapu. Nasib baik tak masuk lalat tau..tutup sket..tutup sket.. *mereng*








Last but not least but still tak habis habis, ni haa..masjid terapung. Haa..kalo kat Ganu kitee ada, kat Sabah cosmopoint KK pon ada bah!
Bezanya, masjid ni terapung atas air masin (air laut). Masjid ni dok tepi jalan ja. Tu yang amek kesempatan terhadap 'kebaikanhati' pakcik teksi tu, suroh dia berenti jap nak capture gambar. Haha..


Tamat sudaa..takde cerita pasal Gunung Kinabalu..Pulau Sipadan and frens.. tapi takpe. Dapat jejak kaki pon dah cukup bagus. Alhamdulillah. ada jugak kesempatan dan peluang di situ. :)

MyEm0.Com




Alahai cikenits :)

Assalamualaikum.

Entri kali ni memang mengarut betol..tapi tu memang tema blog aku pon. "Mengarut selagi boleh".
Kali ni saje je nak menunjuk gambar dua orang budak cikenit yang aku terjumpa masa ikot mengendeng gi KayBee dengan my umi :)
*KayBee = KB = KotaBharu ... bajet siakk!

Dua orang cikenit ni kiut betol sehh!  (di mata aku la) .. Lagipon, suma cikenit memang kiut apa.. except yang degil macam nak mintak penyekeh tu.. haha.. *versi maktiri
Kanak kanak cilik ni tak lain tak bukan adalah cucu cucu kepada para nenek a.k.a kawan umi..
Cuma umi je yang belom dapat cucu.. wekk..aku lambat lagi oke..tunggu my unnies la -spoil-




Dengan muka tak malunya aku memperkenalkan anak anak orang lain...






A : Awok..awok..jange la mase cetung..takut sayo
B : ggrr..sayo tengoh bekeng ni..tengoh bekeng ni..make ore kea,,

:: Ahaa..mane satu lagi kiut? Dua dua la!! Terer tak aku cari angle nak capture gambar cikenits ni? Siap boleh buat drama uols. Arrogance mula menular..*alert*alert.






B : Mano budok tadi tu heh? Cari pasal sangat nga aku teh! grr..
A : (berpeluh).tulun la jange wi budok bekeng tadi tu jupo ambo

:: Haha..time ni yang sebelah kiri tu macam berkenan je dengan enset umi yang telah selamat aku guna dalam misi mencuri gambar cikenits. 
Yang 'adik kerinting' ni pulak dah start nak cari nenek dia bila aku gi dekat. Dan pencarian beliau berakhir dengan raungan. Sekaligus membuat aku panik dan jelas kelihatan seperti pembuli bayi..woops, kanak kanak mksud saya::  -spoil-




Hahaa.. amekaw..dengan siri komik sekali aku bagi..versi Kelate pulok tuhh..ahaks! Semangat sungguh aku edit bagai.. 
Kalo benda benda cenggini over je..sekali sekala aku patot cuba jugak bersemangat dalam buat benda berfaedah..puii~

Memang bukan akulah kalo ayat dah berbau motivasi gitu..
Kbai.






KAISON : Dunia Kiut Kecil

Assalamualaikum.

Hehe. Title entry konon macam gempak. KAISON la sangat. Padahal takde menda pong. Oke la.
Dua tiga hari lepas (tak lama pon), sepupu aku ajak gi cuci mata kat 1Borneo. Kat mana tu? Sabah bah..1Borneo ni macam satu rangkaian mall yang 'bertangkup' dengan hotel hotel. Haaa..bertangkup terus aku bagi.

Tapi bukan 1Borneo yang nak di'highlight'kan kat sini melainkan satu kedai kecik yang berjaya buat aku hampir mereng plus taknak balik.MyEm0.Com
Awal awal lagi dah mention kat title entry tu..over gila sehh aku. Kalo tak over memang bukan aku la tu. Cuma takdela over bak 'Double A paper'. Alahh..yang dalam MasterChef tu..

Oke. Malas nak cakap mengarut panjang. KAISON ni macam macam ada sampai taktao la nak kategorikan jadi kedai apa. Tapi yang aku nampak suma barang barang kiut miut jaa..

Tu yang saje pandai pandai kasik nama 'Dunia Kiut Kecil' tu..macam biasa la kan, nak berlagak kreatif je doplohpat jam.. -spoil-



Notebook. Benda ni sejak kecik cikenit lagi aku dok obses.. Kalo guna takpe jugak. Ni idok, beli, simpan, beli, simpan. Nak buat muzium hapa. Tu la membeli dengan nafsu namanya. Memang la burok bebeno tabiat yang satu ni. Please don't try this anywhere. Tapi sekarang aku dah stop la habit tak bermanfaat ni. Cuma..cuma..aku 'terbeli' jugak satu kat KAISON ni. -spoil-






Motif : Takde yang lain selain nak menunjuk nunjuk. Ceh. Ni dah nak jadi riak dan takabbur ni. Yang ni empat sekali aku take away. Ahaks! Memang tak agak agak. Sebenarnya nak beli lebih dari tu, tapi banyak yang kiut ada gambar 'lembu pink'. If you know what I mean -muka Mr. Bean- Hohoooii~






Ah, yang ni tak beli pong. Sebab aku masih mampu berfikir dengan waras agaknya time tu. Dah bersepah kotak pensil yang baru beli ritu. Sila sedar diri. MyEm0.Com


Ah! Yang ni lagi satu gambar yang takde motif selain nak memanfaatkan kamera pinjam. Memeeeee kiut tapi mampu tengok jela kalo setakat ada singgit dalam poket. Alah, kalo nak beli, baik yang besar lemari tu kan?kan? Puas hati seumur hidup.


Lepas bagus punya dok syok sensorang capture gambar sesuka hati dalam kedai ni, baru la aku perasan ada simbol 'No Camera' kat cermin luar kedai tu. Dammit. 

Nasib baik tak kena sound dengan staff dia. Kalo tak memang malu tahap itik.


                  MyEm0.Com  Dan akhirnya.... >>>






Jjajjang! Kiut tak? Kiut tak? Haha..soalan yang sangat berbaur riak. Kemerengan aku makin menjadi jadi sekarang ni. Whattodo~  Ni la produk produk yang berjaya keluar sekali dengan aku dari KAISON tu yang konon aku rasa kiut sangat tu (kiut sangatt). Sekaligus merabakkan dompetku. -_-"
Ni ha siap edit suma nak kasi nampak gempak la konon. Background pun sangat la tak boleh blah guna lantai rumah kakak aku. Kekeke. -spoil-











Steamboat oh Steamboat

Assalamualaikum w.b.t  ^^

MyEm0.Com Wahh..cuti kali ni memang penat betol.  Padahal membuta je kejenya -_-"
Aku rasa memang otak aku makin berlumut dari hari ke hari [sigh]..haha..Well, sepanjang tempoh bebas dari exam,kuiz & tutorial ni, tak banyak sangat pun benda bagus yang aku buat.[sigh again]


Tapi time cuti ni la nak makan segala yang takde kat PJ dulu..of course la masakan umi terchentaa. YumYum~

Sebut pasal makan ni, opkos la otomatik jadi lapar..
Haa..masa gi rumah kakak kakakku hari tu, depa ni belanja la kitorang  kat satu restoran 'SatuKepalaRM30' ..Haha..Pelik bebeno nama eh~


Oke. Berbalik kepada restoran tu, nama dia takdela macam tu. Tu gimik je oke. Gimik.
Restoran ni dekat Setapak. Kat area Danau Kota. Kat mane tu? Aku pon taktau sebab bukan aku drive. Dan aku bukanlah penduduk kat Setapak. haha.


Yeahh..Flaming Steamboat Buffet..Punyela terhegeh hegeh nak capture.
 Malu pon ada..tapi lantak la..kasi balun juga~


Meh aku cite secara simple and dimple. Restoran ni sediakan makanan secara bufet. Satu individu dicaj RM30 dan korang boleh mentekedarah apa jua jenis makanan yang dihidangkan. See? Kan simple dimple je tu aku explain. Hahaha~

Aku agak terkinja kinja jugakla mula mula masuk tu sebab aku memang tak pernah makan kat restoran makan gaya bebas cenggini. Memang sesuai bebeno la dengan manusia tahap pelahap macam aku kan?
Bila sebut bufet ni memang confirm la kena layan diri. Macam macam la yang ada. Tapi tengok la nama restoran tu-steamboat.. So, menu utama jenis yang delica gitu. 


Haa..amekau~~~ Mati mati aku ingat pasar borong mane la yang kakak aku gi terjah ni. Macam kat pasar malam PasirMas dah. Ambik pinggan pastu kutip 'pilihan hati' pakai penyepit dia. Station ni budak budak punya ni..fishball semacam. NEXT STATION please..Haha..mak datok demand. Kakiball mau?



Ni la baru best..Golongan cockle dan shell sekalian..Ketam?Udang? Kepit jangan tak kepit..Malu dekat 'brother brother' sebelah? Belakang kira..perut aku kenyang, sukahati. = tidoq lena
MyEm0.Com




Oh! Station adik adik lagi..NEXT~





Err..yang ni memang buat aku termangu lima saat.Entahla apekah binatang ini.. [memang betol binatang oke.]





Of course memang tak sah makan steamboat tanpa 'colek'nya..A.K.A sos.  Hah, kau siramlah banyak mane sos kau nak..Berbagai bagai perisa, kaler, mahupun texture. Jangan minum sudah. 





Oh, anda vegetarian? Ketedarahla sayur tu puas puas..haha..Takdela. Biasanya kalo makan steamboat tak syok kalau takdak kangkung. Tapi bukan setakat kangkung. Sawi, salad, kailan, rumput? Semua ada. Bon appetite :)


Semua makanan laut atau 'ball-ball' yang korang ambik tadi kena rebus sendiri. Kat meja makan tu dah sedia ada dah 'periuk' merebus dan boleh pilih sama ada nak kuah sup atau kuah tomyam. Biasanya kuah sup lagi sedap. Hehe..

Nak pergi tempat gini disyorkan pergi dengan famili. Sesuai betol nak eratkan hubungan. Abang dengan adik boleh main perang baling baling udang sotong masa makan. Kakak kakak boleh main berebut sape nak rebus dulu. Pastu kuah terpercik sana sini.. Haa..kan erat tu..
Oke, that's kinda lame joke. Sila abaikan.




Hehe..let's move to the most exciting part. TADAAA!
MyEm0.Com
Ni la mesin ABC layan diri. Hehe..memang tersengih sengih jakun aku time tengok benda. Rasa excited, gatal dan jakun bersatu dalam limpa dan perut suma.

Yela. mana penah buat ABC sendiri. Nak jugak try. Selama ni dok tengok kakak Indon kat cafe je buat. Kepingin jugak aku sehh! Sanggup ha beratur tunggu suma.






HASILNYA ....

Sangatla burok. hudoh. tak menyelerakan aku tengok..haa..! [saiz gambar pon ciput cikenit je malu punya pasal]. Ni pun  dah lepas kacau kacau suma. Tengok rupa pun dah macam ni, rasa apetah lagi. Aku hampir pingsan lepas mencuba suapan pertama..Haha..Tak sedap langsung wa cakap sama lu! Memang la aku ni takde bakat buat ABC. sop3. Insiden memalukan ni buat aku respek kat penjual ABC di serata dunia.. haha..over sudah~


Untuk orang yang alah pada makanan laut. Dont worry. Makanan lain masih lagi dihidangkan - mi goreng, nasi goreng, ayam bakar, dimsum, askrem..tapi mana maunyee...yang tu hari hari boleh makan :p


Satu lagi perkara terpenting yang sangatla perlu korang ketahui pasal tempat ni - Makanan tak habis akan dicaj. Muahaha.. So, the moral is never bring 'a person on diet' to this restaurant. 
RUGI BESAR WEH! MyEm0.Com

Pastu masa sesi mengutip tu, bajet bajet la perut tu mampu diisi banyak mana. Jangan nak over sangat amik tiga,patblas ekor udang sekali kutip. Perit urat merih la nak perabih nanti.
Teringat kat abah yang memang dah trauma tengok udang sejak balik dari kedai makan tu. Haha..

The End. ;)

Sabah trip

:: Assalamualaikum ::




Hello tanah besar Semenanjung.. :)
haha..konon kreatif la ayat..Awal awal dah mencapub letak gambar papan cekeding. Ahah!
Padahal kaki dah goyang goyang plus ketar lutut time tu. Bapak kuat angin time tu. Dah takde istilah sepoi sepoi base dah. Gambar 'ala ala ada bakat padahal takdak' ni diambil kat Sipitang, Sabah. 
Kau ada??
Hahaha.. gila riak punya ayat. Macam bagus je makan angin, mak bapak sponsor~



30hb Mei hari tu, secara nasib baiknya aku dapat mengendeng sekali gi rombongan kawin sedara kat Sabah.. fuhh..memang la tersangat nasib baik dia kawin masa cuti..dapat la merasa gi jalan jalan ke Sabah bah..
Kalo nak harap duit sendiri memang berjanggut la mao tunggu.. Ni kira first trip la..
Tahap excited tu takpayah cakap la. Sampaikan cik pramugari dok buat isyarat kirikanan dia tu pong first time aku terlopong khusyuk tengok. Memang penumpang yang sungguh berdedikasi la aku time tu.

  MyEm0.Com
Masa mula mula sampai Sabah tu, dari KK kitorang kena naik bas gi Sipitang. Tiga jam atas bas memang macam naik roller coaster. Nak wat camno, jalanraya dia adventure habis. Kat Sipitang tu la kitorang stay.
:: Kena naik bas ekspress pulok doh. Mao gi Sipitang bah time ni. RM18 jeeewww (tu pong mak bapak jugak yang  bayar - anak bertuah).
Gaya aku capture macam first time naik bas je. Wat malu sehh ::






:: Beaufort,Sabah. Dok atas bas menyebabkan capture entahhapahapa. Tak jalan jalan pong kat sini. Singgah gi tandas pon nak kecoh kan? Mak Jemah sungguh diriku ini. Kekeke ::


Rumah pengantin perempuan ni dekat Sindumin..haa..unik semacam nama tempat. Aku lagi la over..siap imagine kawin kat rumah panjang..haha..Tapi rumah pengantin ni still sama macam kat Semenanjung lagi..pheww
Sepanjang event kawin 3hari 3malam tu la kitorang kena ulang alik antara Sipitang & Sindumin. Memang la tersangat penat.

Nama pun rombongan kawin, so aktiviti merewang pon takdela banyak sangat. Tapi ada la dua tiga scenery yang sempat di'capture'..

Bila gi kat Sabah nun, memanglah terbukti depan mata orang sana suka sangat menyanyi. Masa first day akad nikah tu pun dah ada acara menyanyi..Tua ke muda ke semua balun karaoke. Memang agak tercengang la aku dibuatnya. MyEm0.Com Tapi dah memang gitu budaya kat sana..layann~

:: Karaoke habis pakcik ni. Niat murni nak kasi happening dah betol dah. Kang semput kang, pengantin jugak yang susah. Alahai ::



Sindumin ni sempadan je dengan Sarawak. Lepas event akad nikah tu, kitorang buat rombongan 'cik Kiah' pergi kat Lawas, Sarawak. haha..ni la trip 2 dalam 1 namanya..


Kebetulan pulak 1 Jun tu Pesta Kaamatan so ada la ekspo kat sana. Tapi secara kasarnya takde benda best sangat pon sebab bukan dekat bandar besar kot. Cuma aku agak frust sebab tak sempat nak capture gambar orang pakai baju tradisional Iban tu..MyEm0.Com  sop3

:: Ni bukit dekat Sarawak tu. Motif = none
Notis : bukan aku capture yang ni #eh. LaLaLa ::





:: Pantai di Sipitang. Angin kuat takpayah cakap la. Macam nak terbang dah. Tapi aku sanggup je -konon kool sangat pegang kamera tepi laut. Padahal barang pinjam. Wakakap ::





:: Konon dah capture dari 'angle' terbaik la konon. Ni scene dekat tepi Pasar Filipina yang famous (sangatt) tu. Mak mak tengah dok memborong mutiara, aku boleh sesat tepi laut ni ::



Sepanjang dok dekat Sabah tu, ada dua environment je yang aku rasa. Kejap rasa mcam duduk kat Indonesia bila dengar penduduk situ bercakap..tapi bila tengok muka, rasa mcam duduk kat Thailand pulak..
Macam macam..tapi tu la uniknya Malaysia ni..haha..dah stat dah nak berpuitis..

Apa yang dapat aku konklusikan, kalau nak kawin dengan orang Sabah Sarawak ni, memang kena banyak berkorban la sikit..First, memang duit la..nak bayar tiket flight tu suma..sorang dah beratus ringgit..kalau rombongan tu maunya jadi beribu ringgit..

Pastu pulak budaya diorang dengan kita yang dekat Semenanjung ni lain..kena la ada persefahaman antara pasangan dan sesama keluarga kedua dua pihak..
Takde benda yang perfect dalam dunia ni..dan kita memang tak boleh nak lari dari 'cakap cakap' orang sekeliling kita.
Sederhana ke grand ke, yang penting pengantin bahagia    oke. macam melebih lebih pulak.
Rasanya aku bukan orang sesuai nak cakap pasal ni. Takdak pengalaman. Haha


eh..macam lari topik je..
MyEm0.Comokbai.

Done? Thanks for reading.