hey
>

Sabah trip

:: Assalamualaikum ::




Hello tanah besar Semenanjung.. :)
haha..konon kreatif la ayat..Awal awal dah mencapub letak gambar papan cekeding. Ahah!
Padahal kaki dah goyang goyang plus ketar lutut time tu. Bapak kuat angin time tu. Dah takde istilah sepoi sepoi base dah. Gambar 'ala ala ada bakat padahal takdak' ni diambil kat Sipitang, Sabah. 
Kau ada??
Hahaha.. gila riak punya ayat. Macam bagus je makan angin, mak bapak sponsor~



30hb Mei hari tu, secara nasib baiknya aku dapat mengendeng sekali gi rombongan kawin sedara kat Sabah.. fuhh..memang la tersangat nasib baik dia kawin masa cuti..dapat la merasa gi jalan jalan ke Sabah bah..
Kalo nak harap duit sendiri memang berjanggut la mao tunggu.. Ni kira first trip la..
Tahap excited tu takpayah cakap la. Sampaikan cik pramugari dok buat isyarat kirikanan dia tu pong first time aku terlopong khusyuk tengok. Memang penumpang yang sungguh berdedikasi la aku time tu.

  MyEm0.Com
Masa mula mula sampai Sabah tu, dari KK kitorang kena naik bas gi Sipitang. Tiga jam atas bas memang macam naik roller coaster. Nak wat camno, jalanraya dia adventure habis. Kat Sipitang tu la kitorang stay.
:: Kena naik bas ekspress pulok doh. Mao gi Sipitang bah time ni. RM18 jeeewww (tu pong mak bapak jugak yang  bayar - anak bertuah).
Gaya aku capture macam first time naik bas je. Wat malu sehh ::






:: Beaufort,Sabah. Dok atas bas menyebabkan capture entahhapahapa. Tak jalan jalan pong kat sini. Singgah gi tandas pon nak kecoh kan? Mak Jemah sungguh diriku ini. Kekeke ::


Rumah pengantin perempuan ni dekat Sindumin..haa..unik semacam nama tempat. Aku lagi la over..siap imagine kawin kat rumah panjang..haha..Tapi rumah pengantin ni still sama macam kat Semenanjung lagi..pheww
Sepanjang event kawin 3hari 3malam tu la kitorang kena ulang alik antara Sipitang & Sindumin. Memang la tersangat penat.

Nama pun rombongan kawin, so aktiviti merewang pon takdela banyak sangat. Tapi ada la dua tiga scenery yang sempat di'capture'..

Bila gi kat Sabah nun, memanglah terbukti depan mata orang sana suka sangat menyanyi. Masa first day akad nikah tu pun dah ada acara menyanyi..Tua ke muda ke semua balun karaoke. Memang agak tercengang la aku dibuatnya. MyEm0.Com Tapi dah memang gitu budaya kat sana..layann~

:: Karaoke habis pakcik ni. Niat murni nak kasi happening dah betol dah. Kang semput kang, pengantin jugak yang susah. Alahai ::



Sindumin ni sempadan je dengan Sarawak. Lepas event akad nikah tu, kitorang buat rombongan 'cik Kiah' pergi kat Lawas, Sarawak. haha..ni la trip 2 dalam 1 namanya..


Kebetulan pulak 1 Jun tu Pesta Kaamatan so ada la ekspo kat sana. Tapi secara kasarnya takde benda best sangat pon sebab bukan dekat bandar besar kot. Cuma aku agak frust sebab tak sempat nak capture gambar orang pakai baju tradisional Iban tu..MyEm0.Com  sop3

:: Ni bukit dekat Sarawak tu. Motif = none
Notis : bukan aku capture yang ni #eh. LaLaLa ::





:: Pantai di Sipitang. Angin kuat takpayah cakap la. Macam nak terbang dah. Tapi aku sanggup je -konon kool sangat pegang kamera tepi laut. Padahal barang pinjam. Wakakap ::





:: Konon dah capture dari 'angle' terbaik la konon. Ni scene dekat tepi Pasar Filipina yang famous (sangatt) tu. Mak mak tengah dok memborong mutiara, aku boleh sesat tepi laut ni ::



Sepanjang dok dekat Sabah tu, ada dua environment je yang aku rasa. Kejap rasa mcam duduk kat Indonesia bila dengar penduduk situ bercakap..tapi bila tengok muka, rasa mcam duduk kat Thailand pulak..
Macam macam..tapi tu la uniknya Malaysia ni..haha..dah stat dah nak berpuitis..

Apa yang dapat aku konklusikan, kalau nak kawin dengan orang Sabah Sarawak ni, memang kena banyak berkorban la sikit..First, memang duit la..nak bayar tiket flight tu suma..sorang dah beratus ringgit..kalau rombongan tu maunya jadi beribu ringgit..

Pastu pulak budaya diorang dengan kita yang dekat Semenanjung ni lain..kena la ada persefahaman antara pasangan dan sesama keluarga kedua dua pihak..
Takde benda yang perfect dalam dunia ni..dan kita memang tak boleh nak lari dari 'cakap cakap' orang sekeliling kita.
Sederhana ke grand ke, yang penting pengantin bahagia    oke. macam melebih lebih pulak.
Rasanya aku bukan orang sesuai nak cakap pasal ni. Takdak pengalaman. Haha


eh..macam lari topik je..
MyEm0.Comokbai.

No comments:

Done? Thanks for reading.