hey
>

Sabah Trip (original version)

..Assalamualaikum..

Lagi sepuluh minit nak pukul 1 pagi dan semangat untuk meng-entri-kan diri tetibe menaik dalam blood vein aku. Jadi sebelum hilang mood mahupun hilang ingatan pasal trip gi jejalan kat Sabah ritu, baik la aku merepek sekarang.
Lagipon sebagai usahawan anggur yang kurang berjaya sekarang boleh la aku tido lambat. -Bukan aku memang burung hantu ke selama ni?-

Seriously tak payah nak bagitau sangat part pukul 1 tu rasanya.,. tapi..tapi.,.sukati aku la!

Kalo sebelum ni aku ada post entri pasal trip gi Sabah, and yes..tu bukanla trip sangat. Gi rombongan kawin je pong~
But this second trip barula betol betol trip. That's why la aku macam bagus je taruk 'original version' tu..Yela, macam biasa la, temanya kan 'Mengarut Selagi Boleh'.,.puii~

Trip gi Sabah kali ni sekali lagi aku jadik bidan terjun *hiba*. Maksudnya tiket flight adalah tiket last minute dan sangatla mahal nak mampos..semestinya bukan guna pitis aku la kan..Kalo tak, memang subuh subuh lagi aku dah cancel. Asalnya ada 4 orang je yang pergi -Umi,Abah,my sepupu,Ain and my mak sedara,Mama-. Tapi pasai depa takut Mama ta bule ikot *because of her unwell condition*, lalu aku pon dijadikan bidan terjun untuk menemani my sepupu ni.
Nasib baik la aku ni sentiasa lengkap dengan payung terjun walau di mana berada. ceitt.
Menyayat hati tak?  *bukan nak bersyukur dapat gi* *kacang lupakan kulit dan sebagainya*

Yang tak boleh belah dan potongnya, Mama gi je padahal -_-"
Kira rejeki aku la tu..kukukuku...Jap,jap. Ni apekes intro je dah tiga pat chapter ni?? -spoil-
Sure entri kali ni akan panjang berjela jela berekar ekar ber'Km' 'Km'..sila blah kalo menyampah. 

Oke la. Pi Sabah ni kitorang dok ronda kawasan KK tu ja. 
*Cosmopoint KK..semuanya ada di KK* 
-serius macam dotdotdot iklan ni.       MyEm0.Com

Tu pon aku rasa dah serik plus bertobat takmao dah gi dengan depa depa ni. Bukannya apa, tapi masa shopping aritu..Ya Allah! macam dah tak nak bagi can orang lain gi kedai tu. Bapak seram bila ingat balik. Punyala cramp kaki. Aku rasa jalan macam dotdotdot dah.. Apa dotdotdot tu aku pon taktao.. Tapi memang hudoh sungguh! Terkengkang kengkang....Udah sakit plus lenguh apa bley buat..

Alkisahnya.. mula mula sampai KK ni kena la booking teksi dulu untuk gi ke pusat bandar dari epot tu. Trip kali ni kitorang stay kat TuneHotel. Murah. Senang. Tak mampu aihh nak lepak kat hotel bak palace bagai.. *meremang bulu roma bila teringat rumah panjang. sumpah aku taknak.
Dari epot nak gi hotel tu, kira kira 25 menit jugakla (bajet Indon). Cakap kat pakcik teksi tu mao pergi 1Borneo.
"Apa itu 1Borneo?"  MyEm0.Com
Sekali lagi aku perasan kononnya tengah buat temuramah. puii.

1Borneo ni macam satu rangkaian bangunan yang lengkap dengan shopping mall, le hotelss, bank, kedai itu kedai ini.. Senang cakap, memang ada semua yang sangatla diperlukan oleh traveller. Ahaks!
Itu apa yang aku paham la berdasarkan observasi. *wujud ke perkataan tu?

Tempat first yang kitorang pergi - Pasar Kraftangan a.k.a Pasar Filipina. Tempat ni mendapat jolokan 'syurga beli belah' kat KK ni. Oke. Aku tipu. Tu aku yang pandai pandai kasik. 
Tapi kalo korang pegi KK, sila datang kat tempat ni. Sabah kan femes dengan mutiara. Rugi la kalo pergi tapi tak bawak balik satu tong. Ye dak?? Mutiara kat sini sangatla murah sampai terbeliak butir mata. Nak kentut pon takpe.


That's not all. Kraftangan dan cenderahati sekali lagi aku cakap, murah nak mamp..But semestinya kena pandai tawar menawar dan memujuk macam Mak Jemah of course. Makanan kering pon murah sampai famili aku berkotak kotak bawak balik. Tak sedar betol yang kitorang ni sebenarnya takde kapal selam melainkan naik flight semata mata. 
*reminder : jangan lupa beli biskut cincin bila pi KK....cosmopoint kk.....lalala....bitch please.


Pasar Filipina yang luas plus panjang sampai kaki aku cramp. Dalam gambar memang la ciput cikenit je. Sila memahami.







Ni salah satu kedai aksesori mutiara. Kristal pon bersepah. Ni baru satu view. Kompem la pengsan pat lima kali kalo mak mak Jemah yang suka melaram tu tengok. 







Ada 'food court' kat tepi Pasar Kraftangan tuh. Menu utama opkos la seafood,siput,ciput,semput..pasai dia betoi betoi tepi laut. Takdak pantai. Laut terus. Sekali lagi aku cakap, laut terus. Lepas pilih pilih, dorang akan bakar (panaskan balik) makanan laut ni. Memang stail gitu bah..







WAJIB CUBA! Haa..kan aku dah bagi wajib tu..amekaw. Ni la rumpai laut namanya.. Rasa dia, perghhh..macam nak order semangkuk 'large size' gitu. Rupa dia memang tak sehensem ciken cop atau seayu fish 'n' cip, tapi serius sedap! Rangup bak hang~ Taruk air asam dengan sos lada. Sungguh menyelerakan uols..
Benda cenggini mana la boleh ketemu kat Semenanjung ni. Baik la hangpa makan.









Aku dah lama rindu mengidam nak makan sotong bakaq. Akhirnya terlaksana jua..Yang tengah tu ikan pari, yang kiri yang dok ternganga tu ikan kerapu. Nasib baik tak masuk lalat tau..tutup sket..tutup sket.. *mereng*








Last but not least but still tak habis habis, ni haa..masjid terapung. Haa..kalo kat Ganu kitee ada, kat Sabah cosmopoint KK pon ada bah!
Bezanya, masjid ni terapung atas air masin (air laut). Masjid ni dok tepi jalan ja. Tu yang amek kesempatan terhadap 'kebaikanhati' pakcik teksi tu, suroh dia berenti jap nak capture gambar. Haha..


Tamat sudaa..takde cerita pasal Gunung Kinabalu..Pulau Sipadan and frens.. tapi takpe. Dapat jejak kaki pon dah cukup bagus. Alhamdulillah. ada jugak kesempatan dan peluang di situ. :)

MyEm0.Com




No comments:

Done? Thanks for reading.