hey
>

Shopaholic? Err..mungkin? Entah.


Assalamualaikum. 


Musim mengundi baru je habis (baru la jugak kan). Demam PRU14 pon dah reda sikit tapi semangatnya masih bersisa. Cehh, berpuitis pulak tiba tiba pehal ko.

Masa warga UIA Kuantan dok berpusu pusu usung beg nak balik kampung sempena nak mengundi haritu, aku pulak terkedek kedek naik bas pergi Kiy El (KL). Berbekalkan beg galas ala ala nak travel Eropah (beg sekolah je pong), aku, Teah dengan Ada nekad membawa diri ke Pesta Buku Antarabangsa kat KLIA eh PWTC. haa overexcited sangat sampai kayal tah kemana mana. Malas nak betulkan. Gila apenya pesta buku kat klia.
Aku dahla tengah lapar ni. Oke. Dah makin mengarut.

Bukanlah rajin sangat aku ni nak pergi PWTC yang beratus kilometer jauh tu semata mata nak beli buku buku ilmiah (ilmiah korokmu). Tapi nak tak nak aku kena jugak letih letih hayun kaki pi sana sebab BB1M (baucer buku 1Malaysia) aku, ada lagi dua ratu$$$ tak habes.
Dua ratos tuu..takkan nak biar expired camtu je. Kecik hati Pak Jib nanti walaupun tu bukanlah pitis dia. lol.

Makanya, di sini memang aku taknak jadi hipokrit sangat la kononnya aku ni student yang sangat berdedikasi beli buku buku ilmiah. Memang RM150 tu semua aku borong komik. Hahaha. 
K.O.M.I.K. paham tak. Sikit lagi nak tertanggal aku punya bahu pasai dok ke hulu ke hilir usung berdozen dozen komik. Dengan backpacknye bapak berat nak mati. Setahun sekali la katakan. Ye dak?

Baki lima puluh hengget tu pulak aku belikan buku yang Umi kirim.  Haha. macam macik macik dah gayanya dok pilih buku time tu.  Lagipun, who cares? *amboi3. speaking kau Bedah*.
Semua 'buku'kers dok gila cari buku masing masing masa tu. Takde masanye nak pedulik hal orang lain. Ramai dia tu, masyaAllah . . takpayah cerita la. Kalau kentut sekalipon takde yang perasan gamaknye sebab gas tu pon tak tau dah nak tersebar kat mana. Sempit bebeno.

wahh. terkotor la pulak perumpamaan aku. Maaf. Maaf..

Masa jejak kaki kat Kiy El tu, kitorang sampai kat Pekeliling pukul 10 lebih (malam), then pakcik Ada yang baik hati ambil kitorang. *ayat berbaur bodekan*
Kiranya stay kat rumah pakcik dia la malam tu.  Sampai sampai je buat muka tak malu melantak nasi lauk paprik yang makcik Ada buatkan. Sedap!
Aww..segan kite tau tak *kauseriuskeni?*

Besoknya tu pon pakcik Ada pergi hantar kitorang ni ke PWTC nun. Dek kerana segan, muka aku dengan Teah dah menebal 10 sentimeter dah. Nasib baik tak gugur spek aku. Tak daya nak beli yang baru. Wawawa. *bukan wawa zainal tahu?*

Masa kitorang pergi tu, memang dah hari terakhir dah untuk pesta buku tu.  Asalnya tarikh akhir dia 6hb, tapi terpaksa diawalkan jadi 5hb. Hah, PRU14 punye pasal.


Tadaaa!!!  



Hahaha. Semangat capture gambar. Yang penting 'Encore' Lawak Kampus tu.!
Kagum gila tengok Vanness versi kartun Jepang. Hensem tahap super! 







Aik? Aikk? Haa.. Ustaz Don ni weh.  Ada 'talk' pulak tetiba masa dok merewang tinjau buku.
Layann.. memang penuh lah umat manusia time ni. Semua keje nak meng'capture'.
Ni aku bluetooth dari Teah je. Wawawa.

Tak mampu sehh nak capture. Berjaya menyelit pun dah kira bagus tahu?




Lebih kurang pukul 12 tengah hari tu, aku dengan Teah dah start nak gerak dari PWTC.  Our next destination is ----->
Jalan TAR. 
Haha..sekarang ni pesta beli belah pulak. Aduhaii.. mana tak rabak purse aku.  *tu yang alasan beli purse baru tuh* hahahaktuih

Dari PWTC tu kitorang bertiga mengharung lautan manusia (ceh) menuju Jalan TAR.  Masa ni memang dah tahap tergedik gedik dah aku. Yela. Orang kampung nak naik LRT la katakan. Tu pun tah LRT ke apetah. Cik Ada yang belikan tiket. Aku macam biasa la, main naik ja bah.
Ya Allah. . .memang mengada lebih la kan masa tu sampai koin biru tu pun aku lupa camno nak guna. Kuang  kuang kuang. Sampai akak dekat kaunter tiket tu dok terjenguk jenguk kepalanya melihatkan ke'darak'tan aku. 
Malu den. Cis.

Kitorang ucap goodbye kat Ada yang nak balik Batu Pahat dengan famili pakcik dia yang baikhati tadi.  Berpisah kami di sini. *muzik Kitaro jadi background*

Maka, sejak detik itu (huh?) bermulalah event shopaholic  oleh dua sisters uia kuantan di tengah tengah ceruk Kolumpo yang penuh liku itu.

Masa kat Jalan TAR tu entah hantu shopping mana yang rasuk aku ni. Mungkin hantu tu tak sempat pergi Masjid India. Mungkin. 
Tak pernah pernah seumur hayat aku membeli belah sampai cenggitu. Setahun sekali alasannya. Alahai..

Yang paling daebak, kitorang tinggalkan semua buku yang diborong kat pwtc tadi dekat kaunter simpan barang Mydin. Ohohoii.. senonoh sikit ea sisters dua orang ni.
Apa bulih buat, kami ni insan lemah yang pemalas. Tengah baik punya cuaca, sekali hujan lebat mencurah curah ke ladang gandum masa kitorang dok melantak dek kelaparan kat food court tepi Mydin tu.

Dah cuak tahap super dah masa tu mengenangkan plan nak bershopahorlicks bakal terkubur sia sia. Alhamdulillah hujan berenti lepas perut kenyang.   *happydancing*  

Then, after Isya' kitorang mulai waras dan balik ke rumah Ciksu aku dekat Pantai Permai. Fuhh, area Lembah Pantai tuuu.. 
Tahniah Nurul Izzah!  *tetibe*
Huh, kalau la korang tengok betapa 'gege'nya kawasan tu malam aku on the way pergi rumah Ciksu. Bising siot. Konsert karaoke bagai nak rak. Padahal rumah Ciksu aku tingkat tigabelas tahu? Punyalah berdentam dentum bunyi dia. Aduhaii masyarakat. . .Kiri kanan dah nak juling dah mata aku tengok melaut warna biru terang.
image

5hb tu berakhir dengan bahagianya dikelilingi komik dan segala mak nenek barang yang aku borong dekat Masjid India tu. Habuannya tak payah cakapla. Jari jemari aku yang tak berapa nak mulus ni bengkak bak belon kena isi air. Bahu tu rasanya dah jatuh 5 sentimeter.  *melampau pulak.haha*







Introducing my 'gewe' a.k.a teman travel. Hikhik. 

Kamilah sister yang mengharung Jalan TAR sehari sebelum #pru14.
"Comey tak Teah?"
"COMEY!!!!"
Kiuhuhu
Wat blur gambar pasai takut Teah marah. Kukuku.
Kat belakang tu ada sekelompok rakyat yang dok berkempen untuk parti pilihan masing masing,

Cuak jugak aku. Kang tiba tiba kena 'spray' macam Bersih. Naya.







Adios Kolumpo.  

Sayunya masa capture gambar ni. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat belajar.
Haha. Macam tak kena je bunyik dia.
Lokasi : lorong bangunan kat Masjid India
bukan lorong gelap harap maklum.

So, adakah saya shopaholic? Err..mungkin. Entah.
Tak rasanya.



 

p/s : sedih betul masa tengok bangunan Semua House. Teringatkan kompilasi YOYO yang tak sempat dihabiskan arwah Liana Afiera Malik. Lenyaplah kisah Yonna dan Kuzer dalam kamus hidup aku. Sops. *mode terkilan*  

KAHS Interdepartment Sports Match : Physiotherapy Edition

  
Assalamualaikum. 


Haa..sumpah bajet title atas tuh. Ehemm.

Dalam semester dua untuk tahun pertama ni, kitorang (me and le classmates) telah secara paksa dan rela melibatkan diri dalam sports match antara department.
Maksudnya di sini, our only batch telah bermati matian menyertai hampir semua game yang ada. Dan sudah pasti la pihak lawan akan nampak muka muka sama je untuk sesetengah game. Omagad . .bayangkan determination kitorang yang cuma seramai 22 orang ni
. alaa..kecoh lebih la kau kan. main seminit dua je.

Paksa dan rela di sini bukanlah bermaksud kitorang kena paksa masuk semua acara. Tapi memang kitorang takde pilihan lain pong.
Haha..kiddin'.

Ya, kitorang boleh je tarik diri dalam semua game tapi apalah gunanya ukhwah yang terbina. Cewahh!
Masa ni la nak tunjuk walaupon kami sikit tapi kami boleh. Jangan ambil mudah tahu?
Hishh..macam tak kena je rima ayat tu. .ah, persetankan.

Demi department Physiotherapy, kitorang telah memaksa diri untuk belajar segala jenis game yang termampu. Dari futsal, basketball, netball, sampailah sukan badminton & tenis. Individu mana yang kaki dan tangan bangku tu, haa..belajarlah engkau dari coach coach tak berbayar. Apa boleh buat . . ciput sangat benda tu kalau nak dibandingkan dengan betapa susahnya Madam nak tubuhkan School of Physiotherapy ni..

*tuan blog merupakan salah sorang kaki dan tangan bangku tersebut . uish*

Memang sogan la sebab hampir semua sisters physio ni memang tak pernah involve dalam sukan.
''Doploh tahun hidup korang buat apa eh?'' . .
Lebih kurang begitulah statement tak sayang mulut yang dilemparkan tepat atas dahi kami kami sekalian pada hari pertama training.  MyEm0.Com
Dalam bidang sukan memang hampir tahap zero lah senang kata. Dua tiga kerat je yang pernah involve dengan sports ni. Memang rasa bersalah habes dekat geng brothers yang super dalam sukan.

Nazak jugak la hari hari kitorang dibuatnya. .mengalahkan kerje office time wa cakap lu . He'eh.
Dengan nak pergi training pon takde transport semua. Nasib baik jugak la ada la sorang dua brothers Physio yang boleh diharap tu hantar kitorang.
*batuk batuk kecil*
Tu setakat yang aku nampak la. Kalau ada pertolongan dihulur yang tak ternampak tu, maaf la ye. Sorry to say gitu.. MyEm0.Com
He'eh..

Dan, lepas dua bulan dok berperang atas gelanggang, department Physio berjaya dapat tempat ke-3. Hihik. .
Tempat pertama dengan kedua kena bolot dek budak Optometri ngan Biomedik.  Alahai. .
Takpa, takpa  . . tempat ketiga tu pon dah macam juara dah (eh?).
Logik la dengan bilangan dan kemampuan sukan kitorang ni, okeh? Kao hado? Haa..takdok kan? Kan?

Overall-nya, team Physio pungut 4 emas, 6 perak & 7 Gangsa. Yippii! 
And that one gold is from our sister Nabiha! Amboii..speaking saja je kau kan. Kunun grand sangat ler tu.
Biha menang acara trek 800 meter. WooWo.
Tak sia sia aku sorak gaya Madam. (?!)

Walaupon aku tak menyumbang mana, tapi hati nurani ini tetap nak mengendeng tumpang hepi secubit dua~~~ Memang dah tahap jujur maksima la kenn, sebab DOPLOH tahun hidup memang aku ni TAK PERNAH main sukan satu hapa pon. Ada masalah?

Nak suruh aku ni terkedek kedek masuk acara trek tu memang tak arrr. Mampuih taknak aih. Melainkan kalian nak tengok aku berlari hingga tersembam mencium trek.

Tapi tak kesahla pasai iolls ni team sorak okeh. LOL.
Bab terpekik terlolong ni bagi kat aku.
Cuba la takde aku ni, takkan bergema satu Sports Complex tu maa...lu ado? Haa..tak mampu kann nye adoii . .
Dengan siap semua mengendeng nak tumpang payung budak Physio lagi.. haa..kau ado?
Sekali lagi > takdok kan?

Tapi dalam banyak banyak benda yang jadi dalam tempoh match ni, aku paling excited bila akhirnya dapat jugak aku main basketball dengan futsal. I'm lacking but I'll do my best.

Even main kejap pon dah jadi dah. Oh, bahagia . .bahagia. . MyEm0.Com

Memang banyak hikmah betol match interdepartment ni. Kitorang dapat kawan.. dapat lawan..erk!
Kalau takde aktiviti yang kumpulkan semua department, memang takdenye chance kitorang nak jumpa kawan kawan dari course lain. Bergelut dengan kelas je memanjang. Duhh.


4 Oke. . Sekarang, jom scroll down cuci cuci mata. *winkwink*



Introducing ... Physiotherapy Futsal Team !!!
Nampak tak betapa berteraburnya pola ketinggian di situ? 










Pagi pagi buta di gelanggang futsal, Sports Comp. Lapar punya pasal, pisang pon pisang la . .
Sumber tenaga jitu mungkin?











Woi..woi..kamera kat sini la.












Sape pulak la yang bikin tiga akak akak ni hangen . . .
Dia belum tau erti penyesalan.











Team futsal lagi. Bila match tamat je semua dok kecoh cari kamera.
Padahal muka dah berminyak habes dah semua. Tu la..lain kali pakai OXY
Barula cantekk macam Kak Ton










Saya bersimpati dengan bola tu  . . 











Haa . . . BLING BLING siot. Nak cover muka yang berminyak sakan. Ni gambar masa acara trek.
At least, we've got one gold medal!  




Ni baru Tahun Pertama. Kita ada tiga tahun lagi ye. .Jangan lupa tu. . Muahaha
MyEm0.Com  We're getting stronger. Hopefully.
Okbai.



Rolanda's Parody



Assalamualaikum.
Hikhik . . .

Hey, dah lama tak update incik blog. Apalah sebabnya . . .sebagai seorang student  (yang bukan study sangat ponnn) , hari hari iolls sangat penuh dengan aktiviti yang .. entahla .. macam mana boleh jadi busy sangat ni . .



Kali ni nak share something from Cik Youtube.
Something pasal parody. 

Rolanda's parody. hewhew.  MyEm0.Com

Dia lebih kurang macam parody bersiri. Apa yang best? Haa..best sebab macam tengok drama, tapi keseluruhannya berkisar pasal lagu lagu yang dah diolah sampai hancur.
Terserlah kreativiti tukang parody di situ. Ahaks.

Siri parody ni start dengan lagu 'Call Me Maybe' - carly rae jepsen. Kalo tak silap la.

Tukang parody ni  - 'Wassabi Production' . . asalnya duo. Tapi kadang kadang tu ada la jugak tersesat pelakon pelakon tambahan. Nice bebeh.
Sejiwa la gamaknya dengan hobi aku yang memang sesuka hati menukarhancur lirik lirik lagu . .

Asalnya aku terkamjat beruk jugak nengok muka Si Rolanda yang cun mendewa tuh..tapi lama lama bila dah follow-up dia punya cerita tu, rasa sweet amat pulak.. Hahaha..aku ni dah kenapa~





















Creepy level maksima weh gambar dia suma. Diakui memang mampu dapat minor angina pectoris jugak la dek gelagat minah yang desperate melampau dekat lelaki pujaan dia dalam parody ni - Alex. Aku pon seram nengok nye.
Stalker tegar woih. Tak mampu la uolls. 







BYE.


p/s : motip je letak RM lovers tu. sebab kiut. eh?  blogger-emoticon.blogspot.com


Kimchi Ramen

 ASSALAMUALAIKUM


Fuhh. Dah lama tak taip sebarang entri. Dan sekarang aku rasa macam kaku gila nak taip menatang apa..
Meh kita mulakan dengan makanan. Sape yang tak suka makan ye dak...

Kalo sebut je pasal makanan, salah satu makanan yang wajib semua rakyat Malaysia ni kenal ialah mi segera. Kat Jepun biasanya dorang dok sebut sebut ramen. Amboihh..terus bunyi sedap. Kukuku.

Student la yang biasanya dok melantak mi segera ni. Tambah tambah yang nginap kat asrama. Pehh..makan ramai ramai. Selera habes!
Tak kisahlah jenama hapa pon. Sebab mi segera ni memang diakui sedap tanpa mengira brand. Tapi malangnya tak berkhasiat, tak kenyang, dan menjuruskan kepada otak lembap tahap dewa. Tapi kalo dah mengidam, terliur sakan tu, makanla jugak. Eheh.

Padahal umi ngan nenek aku dah berbakul bakul pesan jangan dok hadam sangat benda ni. Tapi sebagai student yang sentiasa lapar tak kira masa dan di mana saja, aku tak mampu menahan tarikan visual mahupun baunya yang menggoda itu. Nom~nom~


Mi segera sodap tahap meleleh ayak liur yang aku nak perkenalkan ialah...

JENG! JENG! JENG

Kimchi Ramen!!!

"Pertama di Malaysia..Kimchi cawan rangup berempah..Panas panas sedapp.."
(pernah dengar tak iklan style gini?) Kihkih..





Haa..ni la dia kimchi ramen yang sodap tak hingat tuhh..Kau hado?
Takdok kan? Kan? Kan?(mereng)
Sapa pernah makan benda ni? Sila angkat tangan sebab kita satu geng!! LOL.

Tak payah nak gelabah sangat tengok tulisan kat cawan tu. Ramen ni dijamin halal. Keluaran Super lagi you. Ahaks! (macam bagus sangat la kalo jenama Super tu?)

Biasanya mi segera perisa kari yang jadi fevret kan? Yang tu pon dah sodap semacam. Haa..kali ni try pulak perisa kimchi nih. Pasti tak lena tidur. Huehehe..(over weh)
Pasai aku tak pernah dapat merasa kimchi ni (Korea mari..) , mi segera rasa kimchi pon jadi la.
Tapi setakat nak try tu oke la. Jangan dok harung gi makan hari hari pulak. Mau bengap abadi jadinya..
Diulangi, bengap abadi.

*kimchi = a traditional fermented Korean dish made of vegetables with a variety of seasonings.

Amboi..amboii.tiba tiba je 'translation' bahasa Inggeris kan? Nampak sangat ihsan Google.
Kuangkuangkuang.



Kimchi jenama Google.



Dulu masa aku still belajar kat CFS PJ, mi segera kimchi  ni senang je nak jumpa sebab kat kiosk kitorang ada jual benda ni. Pakcik lori tu letak sekejap je kat rak kiosk, petang tu terus licin. Tinggal habuk je rak tersebut. Haa..betapa sodapnya ramen ni sampai gitu sekali kau.

Part sedih : MyEm0.Com
Akan tetapi..sops..sejak belajar kat Kuantan ni..sops..susah bebenor nak jumpa ramen ajaib ni..sops..(lap hingus)..

Part happy balik : (bipolar mode activated)
Tapi hari tu masa merayau rayau kat Kuantan Parade nak cari kek untuk sambut birthday classmate, ternampak la kimchi ramen ni kat satu rak.. 

Fuhh..berkilau kilau je rak tu. MyEm0.Com

Aku pon beli la..dan terus makan lepas balik tu.
Begitulah alkisah aku dan kimchi ramen kesayanganku.
-the end-

Entri ni memang takde motip. bye.  MyEm0.Com



New Age


 ASSALAMUALAIKUM


Dah 2013. Dah 21.

Paham tak???! 21!! Demikian la monolog dalaman aku sekarang ni.
Bukan 21 haribulan, tapi 21 umur. Oh no!

Yepp. Aku tau ni exam week. Tapi tak dapat tahan diri dari melalut kat sini. Ni semua pasal banyak sangat isu pasal umur dan kawin ni kengkawan aku dok ulang ulang sejak dua tiga hari dah masuk new year ni. Stress tau tak?? Stress~

Tak kira apa nak jadi, jadi la. 
Aku still umur 17. LOL. 
Aku still Form 5. LOL. 
Aku still sekolah menengah. BOOMMM!! (meletup sebab tak dapat terima kenyataan)

Rasa macam nak jadi PeterPan sebab takpayah meningkat umur. Eh, tapi ...
kalo tak meningkat umur..maksudnya takde birthday..
          kalo takde birthday maksudnya takde hadiah..

          kalo takde hadiah maksudnya..
maksudnya..maksudnya...arghh..(cabut kepala).


~~PeterPan kuterbaaaanng gagah berani~~...*tetibe*



Satu lagi..boleh bayang tak perasaan takut + tak percaya bila tengok budak yang dua tiga tahun lagi muda dari ko dah kawin? Siap beranak pinak. Tak pon, try imagine..tengah bahagia ko jalan jalan makan lolipop, tiba tiba ex-classmate ko tegur..

"Eh, Bedah! Lama tak jumpe ko kan? Ko buat ape skang? 
Dok mane skang? Ko dah kawin ke? Blablabla.."

Amboii..sesedap rasa je soalan yang beliau tanya. Soalan cepumas gitu..Memang terkebil kebil la kau.
Lepas tu, cuba bayangkan lagi..
Tiba tiba kat tepi dia, ko nampak ada kereta sorong bayi yang mengandungi bayi di dalamnya.  Haa..betapa skemanya ayat aku.
Disingkatkan cerita, dah kawin rupanya ex-classmate ko. Haa..agak agak pucat muka ko..pucat. Sure sure rasa tak percaya gila gila punya lah. Rasa macam baru je lagi ko dok main tarik tarik tudung dengan dia kat sekolah kan?

Haa..aku tau sangat, korang memang suka kan..kawan tengah bagus punya layan jiwang sorang sorang, ko senyap senyap gi belakang dia..pastu tarik tudung. Kaum Sisters memang tu la hobi masa lapang kat sekolah dulu dulu. Macam nak lempang. Nasib baik kawan tauu..

Ewahh..tiba tiba mengimbau nostalgia pulak aku time time gini.

Hehe. Situasi macam atas ni (kawan kawin) aku tak pernah alami lagi setakat ni. Kawan kawan semua still dok gila menghadam buku buku ilmiah.
Tapi memang ada la kengkawan yang dah nampak unsur unsur ke arah benda gitu gitu. Ahaks.

Tu yang aku sedikit kaget tu. Aku yang tersalah .. ingat semua orang (rakan sebaya) pemikiran macam aku. Padahal, dorang semua dah move on dah. Dah matured dah semua. Aku je rupanya yang still kepala kartun...kepala badut...kepala ikan..segala kepala lah senang cakap.




TOTTT! Iklan kejap. Sedapnya kari kepala ikan.  Meleleh air liur tengok. Sllrrpp.
Apesal ikan ni bad mood nih??





Dan kome jangan salah faham pulak. Aku ni bukannya ahli persatuan anti kawin muda.  Korang nak kawin awal, kawin jela kalau dah sedia.  Bagus hapa..
Tapi aku... 0% kelayakan! Kehkehkeh..

Jodoh tu bukan kita yang tentukan. Kalo hangpa dah sampai seru tu, kawin jugak last last. Cepat ke awal ke, hangpa mana tau. lol. Tapi macam yang aku cakap tadi la, asalkan bukan aku. :p
Aish..ni dah makin melalut ke lain ni. Asalnya nak cakap pasal umur je.


Tapi kalo perasan, masa aku study kat CFS PJ dulu, selalu sangat ada talk pasal kawin muda..
Melebih lebih pulak kadang kadang tu. Lalu aku pon bosan dengan exposure yang tak dipinta.
Bukannya apa.. aku bukanlah layak sangat pon nak komen isu isu cenggini. Tapi tu la..bosan  >> muka berpeluh >>  (-_-")





Konklusinya, tuntasnya, kesimpulannya..


"AKU MASIH 17 TAHUN
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"




LOL. Baru tengok MV Skinny Baby A Pink Beast. Aku tau lambat gila gila punya update. Tapi tiba tiba nampak new side A Pink & Beast. 

Suara NaEun dengan HaYoung lain sehh! 
Aku terkejut. Okbai.


p/s : lagu latar : Baby Step tiba tiba dah jadi 'song of the day'. Nice one. =)   


Done? Thanks for reading.