hey
>

2012 - Adios. (random)

 MyEm0.Com ::Assalamualaikum::

Tak jawab dosa. (eh,tetibe)
=)

Wow. Ni hari terakhir untuk tahun 2012. Biar betul..
Err..betul la kan? Kan? Aku tak mimpi kan?  Ish,..rasa macam sekejap la pulak kan? (ayat takde modal)

Entri ni memang aku langsung tak terpikir nak buat.  Malas weh. Exam week ni weh... Tapi sebab ni last day untuk tahun 2012 yang konon kononnya omputeh dok kecoh cakap nak kiamat tu, aku pon bantai la mengarut apa saja untuk entri ni.
Kunun kunun last entri for the year la. Aiceh.

Mari, mari, baca apa aku nak mengarut..

Januari 2012 ritu aku still dok kat CFSIIUM sebagai sorang student asasi yang pemalas kat Petaling Jaya jauh nun di Selangor sana tuuu (rindu).  Tuptup, tetibe je dah 3 bulan lebih hidup sebagai mahasiswa kat Kuantan ni. Tua dah aku!! Tidaakk! Jangan panggil aku makcik! (sewel)
Tahun depan (esok je pon) aku bakal berusia 2 dekad+1 tahun.

MyEm0.Com
2 dekad+1 tahun..
2 dekad+1 tahun..
2 dekad+1 tahun..

(bergema)

Oke. Selesai histeria. Now, let's talk about weather.
Kat Malaysia ni memang dah sedia maklumlah bulan doblas tu bulan banjir dekat area Pantai Timur. (bukan pasaraya Pantai Timur oke?).  Dan opkos ler Kuantan tak lari dari fenomena banjir ni. Time kitorang exam pulak tu kan.  Alahai.



IMPIAN:: Nak payung lutsinar ni! Nak! Nak!


Hari ni first paper untuk student Fisio - UNGS2030K, The Islamic Worldview.  Pukul 9 pagi pulak tu.
Dua tiga hari sebelum ni elok elok je cuaca cerah sepui sepui base. Memang sesuai bebeno nak jemur baju.  Tapi tak semena mena hujan lebat tak berenti renti sejak semalam. Lalu, baju aku pon tak kering kering.

Jalan raya dekat UIA ni toksah cite la..dah macam swimming pool dah(hiperbola).  Pagi tadi memang kitorang kena harung air lah masa nak pergi exam hall tu.  Tapi Sister jela. Brother pakai motor..ceh.
Tapi kena hujan jugak. LOLOL.
Kan bagus kalo exam kat bilik je. Sambil makan cekedis. Hahaha..
"Sebenarnya musim musim sejuk macam ni bagus kalo tido." MyEm0.Com
 Aww..bagusnya statement anak dara ni.  Macam nak libas.

Sampai je dekat KAHS, exam hall tu wujud al-aircond pulak dah. Halaweh. Sejukbeku pulok doh! Kaki pon dah kecut sekecut kecutnya mengalahkan asam kecut.  Exam slip aku takpayah cakapla..  Lembik lunyai kena air hujan.



-IKLAN LAGI-
Nak payung ni!!!!!!!!!  Sumpah kiut.



Maka, kami kami yang kiut ni pon menjawablah soalan exam dengan kesejukan bak Gunung Everest tu.  Mujur takde yang brainfreeze. (melampau la pulak)

Ahh. Dah malas nak menaip. Baibai.

p/s : tak sangka aku sanggup post benda mengarut macam ni. sangat sangat tak sangka.  MyEm0.Com

Kipas Cinta


Hehe..Yo!
Dah lama bebenor aku tak jenguk cik blog ni. Busy study lah kunun.
Oke. Aku tipu..Tak study hapa pon sebenarnya.  >.<

Tiba tiba terdetik pulak kat lubuk hati nak taip entri pasal satu alkisah yang berlaku dalam dunia student Fisio minggu lepas. Hehe..Tak lain tak bukan alkisah 'kipas cinta'.

Pernah main tak game kipas nih? Takkan tak pernah buat kipas guna kertas A4 tu kot..Yang kena lipat lipat sampai jadi kipas Cina tu.  Alah, yang korang dok belajar masa tadika dulu dulu.
Simple je game ni. 
Tujuan utama : nak cakap apa jua benda yang terbuku dalam hati pasal seseorang individu tu..tak kisahla mau puji ka, mau condemn ka, mau melamar ka..Eh,Eh. Yang tu over. Ingat cite Mohabbatein ke nak confess pakai daun kering??

Dipendekkan cerita, tu la aktiviti kitorang sekelas (Fisio) pada minggu lepas.  Mula mula tu aku agak 'hangen' la jugak pasai petang tu turn aku dengan Cik LB conduct senamrobik. Kitorang dah plan nak praktis seminit dua sementara ada 'gap' masa lunch tu..sekali ada aktiviti mentut ni pulak. Ah, lantak pi la yang tu. Benda dah lepas. Dah selamat habis senamrobik dah pon.

Oke. Berbalik pada topik kipas tadi.  Haa..aku saje je letak nama 'Kipas Cinta' tu..haha..konon perasan kreatif sikit.  Tapi memang betul pong. Lepas kipas tu dah sampai balik kat tuan masing masing, semua khusyuk dok baca komen kat kertas tu. Gaya dah macam baca surat cinta aku tengok. 

Eleleh, cakap orang pulak..aku pon sama je sebenarnya. Kihkihkih.  MyEm0.Com

Tapi satu benda yang aku rasa bersalah gila >>> bersalah + nak gila..
aku tersalah tulis komen kat sorang hamba Allah ni. Ceit. Tah pekebenda la aku dok pikir time tu. Kepala pusing sehh!
Malasla nak taip balik kan ayat tu..aku pon dah lupa + hilang ingatan. 

Tapi yang pasti sepasti pastinya, maksud ayat tu lari terus daripada niat asal. Haha..Kesian la individu tersebut. Lagi nak tambah rasa bersalah, ada la bunyi gosip soksek soksek, kononnya lepas insiden kipas cinta tu, hamba Allah yang bernama polan bin si polan ni secara drastiknya bertukar jadi manusia yang 'down' tahap mak nenek.
 Maaf pak! Aku enggak sengaja,

Time aku dapat balik kertas aku tu, fuhh! Macam nak terkeluar jantung, paru paru, hati serta limpa aku ni. Nervous tahap gaban weh! Mana tak nervousnya..masa gini la kita dapat tau apa orang dok pikir pasal kita...

Yela. Selama ni dok gelak gelak sesama..dok gurau gurau..ko tampa aku, aku tampa ko..blablabla..tapi kita tak tau apa sebenarnya yang dalam hati kengkawan sekelas kita.  Entah entah sekali ada je yang bengang tahap dewa dewi kat kita rupa rupanya.  Mau tak gabra lu..

Overall, kipas cinta aku tu oke la. Takde la kes terjun bangunan KAHS (Kulliyyah of Allied Health Sciences) lepas aktiviti tu. Haram tauu..takmo, takmo.

Cuma.......cuma.....
Aku dapat trademark Sadako. LOL.
Korang paham tak? SADAKO! Haha..Aku horror dan pelik.Sekian

MyEm0.Com <<< nosebleeding
Okbai.



HELLO. I'M SADAKO.
"Anda horror dan pelik. Sekian"-Anonymous-






'Hello Kitty Sadako' tengah merangkak keluar dari TV. Horror dan pelik.







Keroro Sadako juga tengah merangkak keluar dari TV korang. Awww..horrornya!










Warghhhh! Makan budak!!! Akulah Keroro Sadako. (keluar dari perigi buta)






Last but no least..terimalah cenderahati dari tuan blog...
Potret Sadako.



Oke. Semua ni memang seriously takde motif.  Pfft.  MyEm0.Com

p/s : Ampun kalo ada yang tetiba mengigau lepas nengok potret Sadako tuh. Tak dapek den nak nolong eh.

Done? Thanks for reading.