hey
>

Malaysia Yang Merdeka

Assalamualaikum

31 Ogos 2012 :
Kalau flashback balik 55 tahun dulu pada tarikh ni, mesti sekarang satu Tanah Melayu ni tengah excited tahap dewa punya sebab negara tercinta kita secara official bebas dari penjajahan. Semangat berkobar kobar demi tanah air punya pasal.

Kalau time sekolah rendah dulu, time cikenit dulu, aku sekarang tengah excited dok nyanyi lagu Sudirman kat perhimpunan. Punyala semangat nyanyi dengan kawan kawan. Semangat sambut merdeka tu kuat betul. Pastu mula la cikgu kelas kite (tambah tambah cikgu P.Seni) suruh lukis gambar bendera atas kertas A4. Buat karangan la, sajak la..Yang penting pasal kemerdekaan la.

Kalau sekolah menengah pulak, takkan nak lukis bendera lagi kan? Kitorang beli kat koperasi je. Yang ada coklat sedap tu. Wahh..betapa tak 'matured'nya aku. 
MyEm0.Com
Biasanya cikgu provoke suruh buat karangan je. 
Kejap.. 
Kenapa kena ada perkataan provoke tu? Kenapa pulak cikgu kena suruh? Pelajar takkan buat sendiri ke secara 'natural'nya kalau cikgu tak suruh? Habis tu, kalau golongan yang dah tinggalkan alam persekolahan tu, camana dorang tunjuk semangat sambut hari kemerdekaan? Haa..tak ke bertubi tubi soalannya. Banyak tanya pulak aku. Kalah Kiah Propa. Puii..

Aku tiba tiba semangat nak tulis pasal ni rentetan dari kes yang berlaku malam merdeka semalam.
Semalam aku and the family baru balik dari rumah mak sedara aku sebab kitorang buat kenduri kesyukuran+solat hajat+open house kat sana. Dalam lebih kurang pukul 12 lebih tu baru habis mengemas suma. Umi yang drive balik masa tu. Biasanya time gini dah lengang dah bandar Kota Bharu. Tapi dek kerana semua still semangat sebab baru lepas habis buat countdown merdeka, maka penuhla anak anak muda di kedai kedai makan beserta kopitiam dan tepi jalan. Tak kurang juga ada yang buat konvoi sama ada menunggang motor atau basikal. Ada juga yang hanya mampu membonceng motor member. Kecian..so sad..
*Motor untuk belia dan basikal untuk amatur. 
Walau bagaimanapun (kan aku dah guna penanda wacana tu), bukanlah anak anak muda itu yang aku nak 'highlight'kan. Tapi anak anak muda yang sedang gembira melempar mercun di jalan raya di mana kereta kereta tengah tunggu lampu merah bertukar hijau. 
Adakah ini konspirasi? Provokasi? Atau berkasi kasi lagi?

Woii..hangpa ingat baguih ka buat lagu tu? MyEm0.Com Bukan sekali dua dorang baling mercun. Tapi berpat lima belas kali. Nak habiskan stok mercun raya ke hapa?
Kalau kena kereta camno? Kalau kena pejalan kaki camno? Bahaya sehh.. Lagi sakit hati pasai budak budak bingai ni tak nampak bayang pun. Tah dari mana la depa baling. Sikit lagi mao kena kereta. Haii..ni yang aku jadi hangeenn balik nih.

Ini ke cara korang tunjuk semangat sambut merdeka? Sangat tak patut. Kalau ada pemandu yang kena serangan jantung pastu hilang kawalan ke atas pemanduannya camno? *over pulak imaginasi aku*

Akhir kata, moral of the story, sambutlah kemerdekaan dengan cara yang betul. Tu je motip aku asal asalnye .. Kihkihkih..




SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-55 !!  =)









New Header =)

Assalamualaikum.

Me 1 : Eh, eh..cutenya header blog dia(aku).
Me 2 : Weh, jangan nak peghasan boleh dak? Satgi aku taboh kang.
Me 1 : Eh, eh..biarla..jeles lerr tuu~  
Me 2  : Header dotdot cenggini pon hang kata cute..
Me 1 : .....  (kosong~kosong~) 

MyEm0.Com  Dah. dah.. Benda gila ape aku dok buat ni? -_-"

Straight to the poing - aku dah tukar header!!! Yeea~yeeaa.. Tengok header atas tu. *winkwink* MyEm0.Com
Ni jugak bermaksud akhirnya aku reti buat header akhirnya setelah berkurun lama..kurahsiakan cintaku padamu..  *spoil*
Betapa 'daratnya' aku sebelum ni. Kihkih.
Baru lagi tauuu header ni. Fresh dari ladang. Ahaks! Kemain lagi aku promot.

Sekarang ni aku tengah dok menggila reka header la. Ape tah yang bestnya aku pon tak tau. Tapi tiba tiba muncul simptom gatal gatal tangan je nak mengedit. Nak berlagak kreatif la kunun.
Padahal last last jadi camtaik ada la. *oops.terlaser pulok*
Header yang aku tengah dok guna sekarang ni pon, entah yang ke berapa tah. Dok tukar tukar..

Kejap kejap tukar. Lepas lima minit tukar . Dan begitulah seterusnya sampai part dah garu kening (bukan kepala ye) barula reti nak stop. Ni pon aku tak puas hati lagi nengokkan header atas tuh.
Tapi pasai dah malas dah mao edit, lantak pi la dia..

Las-bat-not-lis, trimas to PhotoScape yang telah memberi sinar bahagia kepada headerku. *sayamenangmoto moment*

Kalaula hangpa tengok muka aku yang dok terbeliak bijik mata masa mula mula discover benda PhotoScape tu...huk alohh..burok bebeno!
Siap la lepas ni aku tukar header..dengan background sekali aku tukar. MUAHAHAHAMyEm0.Com


p/s : (taip gelak kemain, caps lock siap. padahal dok senyap depan laptop tang tu ja)



Happy Eid Mubarak

Assalamualaikum =)

Ehemm. Bajet sungguh letak title 'Happy Eid Mubarak'. Padahal boleh je tulis selamat hari raya maaf zahir batin. Hihik.. --> gaya gelak mintak kaki, baru je minta maaf tadi~

Raya tahun tahun yang lepas, famili aku ni bukanlah macam famili normal yang lain.
Definisi famili normal : ada warna tema untuk baju raya masing masing. Nak kasi sedondon gitu.

Biasanya kitorang main tibai je warna ape pong. Janji pakai baju. Sonang.
Tapi entah angin apa la yang lalu tahun ni, tiba tiba satu famili sepakat pilih tema. Dan untuk julung julung kalinya.. "We choose you! -red"  *gaya Ash Pokemon*.

Ni la jadi bila dah tua bangka tapi still ngadap Pokemon. 
                 Oke. Iklan kejap. Kukuku *kiutnye Pikachu!



Hari pertama Syawal tu, semua famili termasuk sepupu sepapat pergi berkumpul kat rumah my beloved Matuk kat Pasir Puteh. Jalan jammed takpayah cerita la.
Kalau aku tak 'lukis peta' dalam kereta time tu, sah boleh mereng sebab boring yang melampaui batas. Takde kawan nak bukak gosip. Aku kan 'lone ranger the only daughter' gitu. Ahaks!  *puii*

Mulanya mak sedara dah pesan awal awal suruh pakai baju kaler purrrple. Tapi baju tu tak siap jahit manik lagi. Oleh yang demikian aku pun sarung jubah la. Haha..senang keje aku. Salah ke pakai jubah di pagi raya? Tak salah kan? Kan? Kan?


Kat rumah Matuk - Pasir Puteh. =)
Entiti sesat warna kuning dikepit gadis gadis purrrrple.



Yang masa raya ke-2 tu la baru menjadi plan kitorang nak pakai tema merah. Time ni 'open house' kat rumah aku. Eh tak, rumah parent aku. Kalau rumah aku, nanti lepas kawin. #Eh!

*Wei, jangan nak campur elemen elemen gelenya plis*.  MyEm0.Com

Kalau dah nama tema merah, memang mak ngah habes la jawabnya. Silau sungguh suasana rumah hari tu. Malu pun ada. Tak pernah pernah buat cenggitu. Dah macam boria dah.
Jangan harap la aku nak join dah pakatan tu lepas ni kalau famili aku pilih merah jugak. Hohoho..



Haa..kan dah cakap! Merahnyaaaa makngah! Kang ada yang kes lembu mengamuk nanti. Ayokk~




Memperkenalkan kepada anda....model model raya 2012 !!! MyEm0.Com
Kalau bab posing bagi kat depa la. Saje je dorang ni..memperalatkan kereta pulak dah. 
Kesian beliau..




Breaking news! Kak Limah dan adik kembarnya sesat berhari raya. Wahaha..
Ni la my cute sepupu. =)




Ni namanya gambar tak jadi. Lighting tahpape. Spoil sungguh. Sape yang shuffling tu?!! Sape punye keje capture ni? Ni mesti keje sepupu aku yang takde dalam gambar. (kecikkan mata)






Tapi ketepikan semua tema ni.. pasal aku suuuuuuuuuuuka sangat sangat sangat bila ada family gathering. Dapat jumpa balik sepupu sepupu kenit yang memang setahun sekali je ketemu..

Lepas tu rasa semangat kekeluargaan tu bila ramai ramai buat buat konon konon busy kat dapur. Gelak reramai.
Aahh..that feeling   *flashback*

Tapi tahun ni tak semua sepupu balik. Harap harap tahun depan dapat berkumpul lah semua anak beranak Matuk. Hope so.

MyEm0.Com



SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

BUING~BUING~ 







Countdown : 8 days more!

::ASSALAMUALAIKUM::

Wahh.. hari ni je dah nak masuk hari raya ke-8. Dah puas beraya rasanya. Tak. Sebenarnya tak rasa nak beraya sangat. Semua ni pasal lagi LAPAN HARI je untuk aku bersenang lenang dekat rumah. Ohno!

Masa sangat jeles dengan sayee. MyEm0.Com

Cuti makin memendek dan bakal berakhir. Time for 'happy learning' dan merasa environment baru dekat UIA Kuantan. Konspirasi apakah ini??  *gila seminit*



Random je topik post ni aku rasa -_-" . Lebih kepada 'Mari Merungut Malaysia'. (tiru Mat Lutfi)
Aku harap otak yang dah berkarat sejak cuti tiga bulan ni dapat di'modify' dengan cepat nanti. Kang orang lain tengah fokus dalam kelas, aku dok terlopong. Well, biasanya memang macam tu.

New classmates. New roommates. Serba new new la senang cakap. Ah, malas nak bebel panjang.
Tunggu je 4 September ni.  MyEm0.Com

Drama Korea tipikal

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.

Hehe. (mesti nak kena gelak dulu ke?) Oke la. Kali ni aku nak merepek pasal drama Korea yang aku tengah dok layaaann punya dekat channel One. Bride of The Sun.

Sejujurnya aku ni bukanlah kaki drama laptop. Aku lagi prefer kalau tengok drama Korea ni kat TV je terus. Kalau nak tengok dalam laptop, kena berteman sebab kalo tengok sorang sorang, tak sampai lima minit aku terus tutup sebab boring. Tah pape pulak dah rasa. Tu pun nak jadi masalah ke??  -_-"

Oke. Straight to the point, drama Bride of The Sun ni memang best gila gila gila triple gila punya. Ni bukanlah drama pendek pun. Pelakon dia pun semua takde yang femes a.k.a Korean Wave Idol. Tapi pasai jalan cerita dia tu haa..membuatkan aku tergedik gedik nak tunggu each episod.

Yang pasal heroin konon konon lemah plus lembap tu tak payah cakap la. Kebanyakan drama dalam dunia ni memang camtu pong. Please melawan oke kalo kena lempang..
Tapi agaknya sebab sakit hati la aku jadi excited untuk setiap plot drama ni.

Sungguh mengujakan betol nak tengok watak jahat anak tiri kejam, nak kena lempang dua tiga kali dengan heroin. Ataupun part yang bila mana hero dia tu tahu perkara sebenar pasal heroin yang tak bersalah pastu dia pun selamatkan heroin. Oh, sungguh klise situasi ni.

Dalam Bride of The Sun ni la kan, memang ramai sungguh watak jahat dengan watak lembap yang amat tak bertempat. Semua ni buat aku rasa nak lempang sendiri watak watak ni. Yes. Memang aku selalu over cenggini kalo dah start layan drama. Sangat over..

Kisah tipikal drama Korea - heroin mesti miskin. Harapkan muka la cantik. Pastu kena periang. Blablabla..Kalau kena penampor dengan watak jahat sekalipun, redha je muka dia. Ni la satu scene yang sangat aku tak dapat terima. Amat amat tak dapat.

Hero sah sah kena handsome, muda, hidup bergaya..kaya gila..bukan gila. MyEm0.Com
Satu lagi elemen paling penting dalam mana mana drama Korea sekalipun - semestinya background song a.k.a OST tu. Antara reason ramai yang selalu kantoi dok syahdu sorang sorang. Nak ngaku, malu.
Alalalaa..cakap orang sedap. Padahal aku yang selalu dok buat buat nak gi tandas tapi berakhir ngan nyorok kesat air hujan belakang pintu bilik.

Kalau part lagu OST berkumandang, kena pulak tu dengan scene..memang berjiwa jiwa la jadinya. Siap feeling feeling konon heroin lagi. (ni pengakuan ke?)

OST ni peranan dia lebih kurang macam Aji-no-moto atau 'MAGGI Cukup Rasa' dalam masakan la.
Haha..gila apanya perbandingan aku ni~

Dan opkos la OST Bride of The Sun ni sangat amat terlalu best. Kehkehkeh..

Setelah berminggu minggu dok tengok cerita ni, semalam la baru start plot heroin nak buat revenge. Payback time gitu. Yela, nak balas balik penampor penampor semua tu. Gila punya lama kena tindas. Oh ya.. tu pun sebab hero tua berkedut yang tolong dia. Laki dia.
Kesian hero. Frust menonggeng awek dikebas orang.

Dan untuk episod episod seterusnya, akan bertambah kari berapi  la aku nampaknya. MyEm0.Com

The End.

UIA dan 'surprise'nya

Assalamualaikum.

Entri ni rasanya macam dah terlajak tarikh pulak. Timing tak kena. Aah.. tak kira! Tak kira! Aku nak post jugak.
Tajuk macam 'good-good' ja aku ni. Tak habis habis dengan isu UIA ni..

JENGJENGJENG..

MyEm0.Com  Mai nak habaq..Alkisahnya macam ni la....

Pada suatu petang yang redup dan aku pulak tengah dok syok melayan perasaan tengok drama Korea kat channel One, tetiba talipon berbunyi "RingDingDong..dingdingdingDingDang!". Cuak sungguh nak angkat call tu bila tengok nombor tah mana mana tah. Mati mati ingat Maxis Centre. (ceh!)
Terdengar la suara bagi salam dan cakap dia dari Kulliyyah ALLHS..aku pun terkezut terbukak mata gitu..
Dan tiba tiba jugak senyap. Aku pon macam,
"Eh?apa kejadah ni? what happeng? what happeng?"
 TALIPON AKU HABIS BATERI!!!!! Gila tak gila insiden ni.

Perlu ke semua ni berlaku time gini? Perlu ke kau 'mampus' encik Nokia 1100 ku? Aku dahlah tengah cuak sebab memang aku dok tunggu maklum balas lepas hantar surat appeal tukar course. Kot kot la kena reject ke..accept ke..
Apa lagi..kelam kabut la aku cari talipon mak aku. Nak call balik akak tadi. Tapi kan..TAKDAK KREDIT PULAK DAH..haihh..Dugaan bulan Ramadhan sungguh! MyEm0.Com
Nasib la talipon yang Maxis tu ada kredit. Dalam dupdapdupdap tu aku call orang tu balik.

Nasib dapat. Berpeluh peluh aku susun ayat. Tak semena mena akak tu cakap aku dapat tawaran masuk Fisioterapi.

Eh? Kejap. Kejap. Bila flashback balik, bukan ke tak dapat approval ke? Ni ape kes pulak dah ni? Prank call ke apa? JJ and Ean ke ni? Ke Johara Pagi Era? (gila menyempat aku ni pikir benda gitu).

Akak tu pon cakap la Kulliyyah Fisio dah di'approved' dan aku dapat la pasai aku gi wat 1st choice benda tu masa interview dulu dulu tu.
Senyap terus aku. Rasa macam tak percaya ler tuuuu..

Haa..ni la salah satu kisah kisah yang ada kat UIA ni..penuh dengan 'surprise'nya..
Aku tak tau la pasal U lain tu kan. Macam la aku kesah. (eh?)
Daripada episod air hujan masa aku dok frust menonggeng tertonggeng sebab tak dapat Fisioterapi sampaila episod air hujan yang ada pelangi  MyEm0.Com  lepas insiden "When A Stranger Calls" tu..

Kat atas kapet tu jugak aku sujud syukur. Haa..speechless yang amat amat amat the very haa..
Macam nak terbang (yang ni memang over). Tak kisahla happy pasai dapat Fisio atau happy sebab terlepas dari Biomed. Tapi bersyukur yang amat! Alhamdulillah..

Ada hikmah jugak benda benda yang dok jadi time cuti ni. Sangat la banyak perkara yang aku belajar.
*secara tiba tiba intonasi skema bermula
Ah, oke. Berhenti sebelum aku merepek lebih panjang. pfftt.

Virus! Oh no!

Assalamualaikum. :)

Fuhh..fuhh..fehh...fihh..*macam gila kejadah ape aku ni*
Ni la akibat dah lama x on9..muehehe..sekarang ni tengah dok bahagia la ni dapat ngadap laptop.

Laptop aku ni memang ngengada plus banyak cengkadak nak kena virus. Tak pasal pasal rabak duit nak kena gi repair suma. Berjasa gila kau ni cik laptop oii~



Dahla tengah nak guna banyak duit sekarang. Almaklumla raya nak dekat..MyEm0.Com

Lepas repair tu dapatla syarahan free dari umi. Haa..barula cair taik telinga kauuu. Padanla dengan muka aku ni. Gatai tangan sangat nak mendonlod itu ini..
Aku dapat rasa jenayah siber ni (huh?!) berpunca dari menatang ObjectDock yang aku terkinja kinja dok muat turun dulu. Lepas wujud objek tu dalam cik lappy aku ni, baru aku teringat yang tetibe je ada dialog box yang keluar tiap kali on laptop, dok inform jadah haram ape tah.

Akibat buat dono je dengan notis tu, ni la makan dia..haa..seratus lima ploh hengget dikebas dengan bangganya oleh tokey kedai komputer tersebut.
Ceh, ingatkan sedara boleh la kasi diskaun sket.. ( tu jela yang ada dalam kepala aku) -_-"
Sangatla tak senonoh gitu. Nak benda free je, ye dak??  Tapi memang dia dah bagi diskaun pon. Asalnya 175 ringgit Malaysia tak silap aku..aahh, kira cincai la.. :p

Susulan kes menyayat hati ni, aku terus tak berani dah nak install software bagai kat laptop tercayaaangg (puii~).. Trauma melebih lebih pulak dah aku ni.

Memang bersih, suci dan murni bak Safi gitu cik lappy aku.
Mintak mintak janganla pasni dia nak buat perangai dah. Aku dah siap nak buat ikrar ni. Wahaha~
Bahawasanya saya, Nur Asmira, berjanji untuk cuba menjaga laptop saya dengan baik dan melindunginya dari anasir anasir (bukan M.Nasir) yang jahat. Sekali lagi saya ulang, 'cuba' je ye. Tengokla kalau saya mampu. Hahaha..

Gila. Ikrar apekebenda gini.  MyEm0.Com  "Aku tumbokk muka kaw" -gaya Johan. *tetibe~  

Done? Thanks for reading.