hey
>

Buku nota. Eheh..

Assalamualaikum!

Amboihh. Semangat pulak aku time time gini. Tanda seru bagai. Untuk entri ni, tak perlulah rasanya aku nak story mori pasal chapter sukar yang terjadi time cuti ni. Takde pasal pulak nak ulang cerita sama.

Kali ni, nak 'mengarut' pasal kesan sampingan dia pulak. Haa..tak agak agak nak ada kesan sampingan siap. Frust dengan offer letter je pong.

Takde gedebak gedebuk apa pon kesan dia tu. Aku ni je yang lebih lebih,overacting dan hiperbola macam Mak Joyah. Lepas chapter sedih yang dah 'termaktub' dalam entri sebelum ni, tak semena mena aku dok busy ke hulu ke hilir pegang buku nota dalam rumah. Buang tebiat gamaknye.


Bukan aku punya. Berangan semata mata.


Ni suma adalah sebab aku sedar diri yang aku ni dah tua nyanyuk. Pelupa. Clumsy. Not well-organized gitu bak kata Oh My English! #eh?

Sangatlah dan betapa menyampahnya mak aku dok tengok gaya aku yang konon konon macam manager kilang dok kepit notebook tu doplohpat jam. Kalau kiut plus tulisan lawa tu boleh tahan lagi. Ni dah boleh tertukar dengan pembungkus nasi kerabu yang mak aku selalu beli tu. Compang camping. Comot momot. Herot berot. Reyok petok(ore Kelate oyak). Dok rok cetong! Haha.. 


Le cute Rilakkuma. My,my,my..you're my.. .Uhuk~uhukk



Tapi,whatsoever,whatthefish,whatthechicken..buku nota ni sangatla berguna dan penting bangat sehh sekarang ni. Sebab otak dan emosi aku yang kurang rasional serta terganggu sekarang ni, benda yang baru plan lima saat tadi pong aku boleh lupa. Selalu sangat dah jadi gitu. Apasal aku jadi sadis sangat ni? *baru perasan*.


Beria aku dok taruk gambar google note book kawaii2 gitu.
Tapi..

Suratan atau Kebetulan..
by Kenny, Remy dan Martin.


Ni la hakikat buku nota aku. Berbulu mata tengok. Tapi sangatla membantu. Ailebiu!


Unpredictable : The Offer Letter

ASSALAMUALAIKUM..

MyEm0.Com

Haihhh..*coretan bermula dengan keluhan
Eh, tak baikla..Astaghfirullahalazim..Dua tiga hari ni aku asyik nak mengeeeeeluh je kejenye (sila baca dengan harakat yang betul).
Lebih tepat lagi tabiat ni makin menjadi jadi sejak dapat offer letter. So, dah tentunya kali ni aku nak membebel mengarut dan melalut pasal offer letter. Mari kita dengarkan..  *ewahh

Macam biasa lah, acara tahunan, tiap tiap bulan Julai  akan berdebarlah semua lepasan lepasan STPM, asasi, matrikulasi dan yang sama pangkat dengannya. Acara ni tak lain tak bukan ialah acara tunggu offer letter. Aku pun tak terlepas lah tahun ni.

Senang cite, dok tunggu punya tunggu, aku dapat  'Bachelor of Biomedical Sciences'. Muka aku time tu takyah cakap la..dah gini gini dah (-_-")  *gaya Johan RajaLawak.
But what can I say..memang padan dengan result ko..hamekawww..teh tarik kaww .. Masa ni la mulut memang terkunci rapat sebab tak layak nak komeng itu ini dan ini itu. Just accept it. Ngaji macam dotdotdot nak dapat offer bagus camana? Memang tu makan diaaa..haaa..

MyEm0.Com

Nak kasi tambah elemen sedih sikit, aku ni sebenarnya dok gila bagai nak rak dok harap dapat Fisio. Tapi tak semena mena la pulak sehari sebelum offer letter keluar, ada rumours mak mak Kiah cakap Fisio takdak. Pasai KPM tak approve..pasai tak cukup tenaga pengajar..

Alahaii..mana la tak menonong mak neng muka aku. Tak ke sadis dan hiba tu?? Sebelum masuk asasi lagi kot aku dok target Fisio..
Time ni dah takleh watpa dah..Rasa nak gelak pon ada.

Mula mula tengok perkataan Biomed tu rasa hampa. Pastu, dok termenung kejap rasa kosong. Kosong..kosong..kosong..(lagu najwa latip tu). Pastu dah stat nak sedih dah. Lepas dok chat chat ngan kengkawan yang lain tu dah stat serabut. Siap dah ready nak tukar U kot. Haha. Gila.
Pastu talipon Teah, nak suh tolong post transkrip. Tetibe rasa sebak. Lepas tu apa lagi..awan berarak mendung kelabu..kuangkuangkuang..

Malu bakk hang..nasib baik takdak orang nampak..Kakaka
Tahpape tah..berperingkat peringkat pulak dah step dia.
.Episod Sembilu sungguh.. MyEm0.Com


So, kiranya sekarang ni aku dah kembali pada kondisi dulu. Tak tentu arah. Takde cita cita yang jitu..tunjuk ajarku sifu. Fisio no more. Mesti ada je yang cakap :
"Kalo nak fisio sangat, tukar la U lain."
Heh, aku nak tukar dah la aritu..Terhegeh hegeh kot aku tanya kawan aku camne proses dia..Sekali, tengok kelayakan tak lepas daaa.. kuangkuangkuang...Nasib badaaaaaan..padan muka aku ngaji tahpape..
Kawan aku tu apply UKM wehh..walaweehhh..heh..heh..heh..

Tapi tu lagi satu hal..SAYA SAYANG UIA!!!!!!!!!!!!!!!!! Tak sanggup aku nak tinggal UIA..Sia sia dua tahun aku dok ngaji kat CFS kalo nak tukar U last2.. Sia sia tau tak?! Sia sia..*macam overacting pulak.




Tapi tu la, sebagai seorang Muslim, kita mestila tau..benda ni suma ada hikmah..Kena redha. Oke. Aku redha. Tapi tu tak bermaksud kita takleh usaha...ahhaa...nampak permainan diaaa??

Ermm, mungkin kite boleh cuba apply tukar course (kite?) Hikhikhik.. *gelak macam nak mintak kaki.
Yang tu taktau la aku. Masih dalam ikhtiar. Sebab taknak weh Biomed!! Kalo boleh nak wat rayuan tukar Optometri atau Audiologi. Manela tau masih ada kekosongan dan ruang buat diriku yang terdampar di pinggir perigi ni. *ceh!
Mintak mintak la dapat. Kalo tak dapat jugak, memang dah rezeki kat Biomed la tu..whattodo~

Macam tamak haloba pulak mintak dua dua course. Haha..eh, sukati aku la. Aku yang tulis surat. *mode mereng activated*beepbeep..beepbeep.

Sekarang ni aku dok giat menjalankan investigation pasai course course AllHS.. *eh,dah macam AIDS dah aku tengok. Agaknya tu jela benda berpekdah aku dok buat sejak cuti ni. Kalo idak, dok ngaaaaaadap TV ngan laptop doplohpat jam (sila baca dengan harakat yang betul).
Itu la hikmah dia gamoknye. Lepas buat sedikit research (sedikit oke), aku rasa Audio ngan Opto tu macam interesting jugak. Well, camne camne pong, aku kena tanam jugak rasa minat tu. Memang hanco belaja tanpa minat. Dan 'Fisio no more'. Kena belajar terima hakikat.

Pasal kes ni jugak la membuat aku tersedar tentang betapa lekanya aku sebagai hamba Allah.
Bila dah rasa susah baru la insaf. 
Bila dah rasa susah baru nak doa panjang panjang.
Bila dah rasa susah baru nak solat sunat.
Bila dah rasa susah baru nak dekatkan diri dengan Allah.



Lekanya aku. Ya Allah, permudahkanlah urusanku. 

Sekian. Wassalam. :)

p/s : aku plan nak tulis sikit je. tapi ter'dramaqueen' pulak. :p














AWANSOME! Oh my!


Assalamualaikum.
Begitulah awan nano nano nano nano nano~~  Klise kot lagu ni. Haha..

Memang bajet Hafiz sunggoh aku, bagi salam terus sambung nyanyi.

Haa..nampak tak gambar awan 'awesome' kat atas? Kalo tak nampak alamatnya dah nak mamp.. Eh, aku tak cakap apa apa,oke? Dah besar gedabak gitu memang karoot komedia X la kalo tak nampak lagi~

MyEm0.ComTak agak agak letak awesome kat gambar yang sendirik punya capture. Dah macam hampir ke riak gitu. Kaw hado?  #Eh.



Tapi seriously awan tu memang awesome. Subhanallah. First time aku tengok awan rupe cenggitu. Ye la. Biasanya dok nampak awan yang bentuk macam kekite lukis masa tadika dulu dulu *even sekarang pong dok lukih gitu lagi*. Tak pon awan yang paling advanced yang stail sisik ikan tu. Tu pon aku dah tahap ternganga tak tutop mata memula tengokss.

Gambar awansome (awan awesome) ni tak lain tak bukan lokasinya adalah kat area rumah aku sendiri. Eh, tak. Rumah parent aku. Aku anak tuan rumah je. (gaya rendah diri..puii)

Masa aku dok capture tu langit dok tengah mendung sebelah cerah sebelah. Pastu terselit pulak pelangi rainbow gitu. I loike! (perlu ke double pelangi rainbow tu?). Angin pon boleh tahan kuat jugak (gila salah adjektif aku guna). Kasi cincai lah.
Gambar ni memang takde sebarang unsur ubahsuai dari segi elektronik mahupon platonik.

Tapi kalo korang perasan, ada pokok kelapa berjambul terselit kat area bawah gambar tu. Haha..spoil betul. Apa bley buat..Takkan aku nak gi tebang kot. Kang aku pulak yang arwah kena tebang dek tuannya tak pasal pasal.

Ni baru awan yang aku nampak. Belum lagi masuk bab scenery dalam hutan, laut, gunung suma.. Subhanallah..indah sungguh ciptaan Allah S.W.T.
Alhamdulillah sebab aku dikurniakan salah satu nikmat terindah - mata. Tapi dah dapat mata tu bukan nak jaga. Tak habis habis dok tengok drama dan abe WonBin. #Eh. Astaghfirullahalazim.

Jomla sama sama menjaga mata dan pandangan kita. Dan tak lupa, jom jaga bumi kita. Dont throw throw sampah everywhere aa..Berbulu jugak mata kalo hari hari dok tengok environment tahpape. Buat spoil scenery cantik je. :)

“Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapanya, dari Rasulullah saw. : Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Mahamulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, karena itu bersihkanlah tempat-tempatmu” (HR. Tirmizi)”
Okbai. ChowCinCau.  MyEm0.Com

Done? Thanks for reading.