hey
>

Zyraroxx: follower datang bertubi-tubi



Assalamualaikum. :)

Hehe.. Ni pasaipa pulak tetiba keluar banner liplap liplap ni? :p
Okela. Ni first time aku join segmen. Amenda tu? Tahla..aku pon taktau.. Baru je nak kenal ni.  MyEm0.Com

Alkisahnya..tengah dok syok punya blogwalking, tiba tiba terserempak la dengan blog yang kiut mute ni..
Pastu nampak macam best je dia buat segmen. Ape lagi, aku pong join la.. -the end cerita ni-

Olih yang dimikian, apa lagi..jum la kita join. Kikiki..
Eh, terlupa pulak aku. Hari ni last day untuk segmen ni. Kihkihkih..Betapa tak senonohnya aku~

Demam Gopal


Assalamualaikum.

AAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!
Warning! Warning! Aku dah demam Boboiboy! Aku dah jatuh hati dekat Gopal!  MyEm0.Com

*melebih lebih pulak rasanya. dah macam sewel*

Ni semua gara gara dua orang kawan aku yang giat dok menyogok aku dengan cerita Boboiboy. Sanggup buat demo lagi depan aku.
MyEm0.Comcredit to : Sipican & Ct Ami  
 Hah! Tak sangka student UIA Kuantan tengok Boboiboy. *malu~~malu~~

Tapi apa boleh buat. Memang cerita dia best pong.

Faktor utama aku boleh ter'suka' Boboiboy ni pasal Gopal la. Kiut habes watak dia. 

AAAAAAAAAAAA!!!!!!!
(histeria untuk kali kedua)

Taknak cakap banyak. Ni hah!

  >>>>>    

Part yang buat Gopal jadi watak favourite aku. Sila hayati. :)

"Appa!! belikanlah saya buku latihan ba..ba..baruuu~cikgu kata buku latihan saya ni dah macam belacan!~~ 
 "Apesal dengan akuuu~~? 
 "Aku dah termakan biskut kau laaa~~" 
 "Entahlaaa~~ aku pon! taktahuuu~~
  "Hey~~mana ada~~ gilaa~~" 
 "Aku pon tak taulaaaaa~~aa~~aa~~"
 "Lepas makan biskut Yaya jadi macamniiii~~ "

vrooomm..vroomm!

Assalamualaikum. =)

Akhirnya lepas jugak tempoh seminggu belajar dalam UIA Kuantan ni. Setakat ni still oke lagi sebab semua subjek baru masuk introduction gitu. Tapi tu pon dah banyak jugak la yang kena hafal dan ingat (opkos ler kan..nama pon belajar). Tu baru belajar introduction haa.. kaget I..

Nak kasi lari tajuk sikit..core course yang aku (student Fisioterapi) kena ambil untuk Semester 1 Year 1 ni ialah .....  :  gedengg gedenngg gedenngg (bunyi dram)
  •  Anatomy 1 
  •  Physiology 1
  •  Applied Physics 
  •  Exercise Therapy 1
Aaww..tu dia core course untuk program Fisioterapi ni.. Nanti Semester 2 weolls kena ambik Developmental Psychology untuk Kulliyyah core. Can't wait! Bunyi macam menarik. (macam je okeh?)

Alhamdulillah kitorang takdak kelas malam untuk semester 1 ni..Wuhuuu..!  MyEm0.Com

Oke. Balik kepada point asal. Rasanya semua student UIA Kuantan dah tahu betapa ekstremnya suhu kat sini time siang hari. Fuhh! Jalan macam nak pejam mata pasai panas terik. Silau tauu~
Tak pasal pasal kena convert jadi gadis melayu terakhir. Atau erti lainnya = pakai payung.

Kalau time mau pegi kelas pagi tu, no hal lah. Sebab boleh naik bas dari Mahallah. Tapi kalau nak balik time tengah hari tu bila ada gap masa sebelum kelas petang..haihh..mau pikir dua tiga kali.
Kebanyakan student (sisters terutamanya) lebih prefer untuk stay je dalam Musolla kat Kulliyyah.


Oleh yang demikian.. (haipp!) tetibe terbit niat murni di lubuk hatiku ini untuk gi kelas naik motor. Ngeh ngeh ngeh.. (tu je point dia sebenarnya).
Jeles woo nengok puak puak brothers naik motor pi kelas. Tapi memang patut la sebab mereka mereka tu tinggal kat Mahallah Tabari (luar kampus).



MyEm0.Com  Angan angan murniku. Ohkemain~



Nampak macam dekat je padahal jarak dari Mahallah Talhah ke Kulliyyah of Allied Health Sciences (KAHS) tuu..tapi nampak je oke?
Kalau jalan kaki, berjuta batu jauhla jadinya.


Exercise tu, exercise jugak. Tapi kalau dah time panas terik tu, macam nak lempang orang pulak rasanya. MyEm0.Com Tetibe emosi gitu. (ambooii~sesedap rasa je aku nak lempang anak orang kan?)

Tapi tak salah rasanya kalau sisters pon gi kelas pakai motor. Kan? Kan??
Dan tapi sekali lagi..ni semua hanyalah niat semata mata. Tah dapat ke tak entah.. Motor pon takdak..
Ni keje berangan je ni..ish..ish..



Sia sialah kubina istana cinta andai insan lain..dihatimu..bertakhta.. (apa kena mengena ni??)


At least kalau naik motor tu bolehla elak dari jumpa Incik Doggy.
"Apa? Dalam UIA Kuantan ada Incik Hanjeng?"   
MyEm0.Com
                      
                          YA! ANDA BETUL! 

Dalam UIA Kuantan wujud puak puak ni. Setakat ni aku tak nampak lagi dengan mata sendiri (plis jangan jumpa).

Tapi dah banyak ceritera dari mulot mulot sisters pasal Incik Doggy ni. Seram I tauu..

Siap ada yang kena ajak main kejar kejar lagi. Haihh..Plis la tolong bebaskan kami dari masalah ni. Nak gi kelas bukan kemain kecut perut sebab kadang kadang kena lalu dekat 'kawasan Ah Long Doggy' tu.
Kawan aku siap jumpa Incik Doggy tu bawak anak beranak dia bersiar siar hirup udara segar lagi. Happy family sunggoh.

 Okbai. MyEm0.Com

Bride of The Sun T_T

Assalamualaikum.

Sobs.. Takde menda penting pon yang nak dibebelkan. Cuma pasal aku frust sebab tak dapat tengok Bride of The Sun. Wuuu..Wuuu..

Betapa jelesnya bila umi talipon dan cakap tengah tengok cite tu kat One. Uhukkkk~
 
 MyEm0.Com
Melalui citer umi la, sekarang HyoWon dah menang pertandingan rebut harta warisan tu. Pastu sekarang dia kena settle problem pasal KDH yang dok buat hal dekat Taman Tema Youndam.



Dia taktau KDH tu gewe dia. Kehkehkeh.
Aahh..rindunyo ko JinHyuk. =p
JinHyuk je oke? Aku suke watak JinHyuk je oke? Oke? Anda oke?
Hah..aku yang tak oke.  Sawan menyerang~



Err..pasaipa mata dia nampak pelik? Mungkinkah dia ada ketumbit? Wakakap~
MyEm0.Com





Aku kalau bab benda gini memang nombor wahid sangattt la kan. Okbai. MyEm0.Com

UIA Kuantan.. woot~woot~


Assalamualaikum. Kukuku..

Aku sekarang ni dah masuk enam hari 'gila' kat UIA..  MyEm0.Com  . Homesick takpayah cakap la.
Tapi dua tiga hari mula mula tu je la. Ni kalau dah masuk enam hari pon mau homesick lagi memang nak kena lempang ah. Ish..ish..ish..

Ulasan pasal UIA Kuantan ni..erm..jawapan aku : No komeng.
Jawapan ala ala retis gitu..puii~
Sebab kalau aku jawab secara jujurnya..memang takdak sapa nak tinggal kat mahallah (hostel) UIA Kuantan ni jawabnya. Kemudahan yang disediakan sangatlah poor poor poor kuasa tiga yang amat.

CFS lagi bagus. (ikhlas dari hati aku cakap)

Memang dengar macam aku ni langsung tak bersyukur, mengada ngada, over (memang over pon) dan gedik nak mati. Tak payah nak hipokrit sangat. Kalau memang dah 'poor' tu, 'poor' la jugak. Nak sorok apekebendanya. Sedapkan hati la tuuu..kehkehkeh~

Tapi semua ada pendapat dan cara penerimaan masing masing.
Tapi macam mana sekalipun, nilah tempat aku untuk empat tahun akan datang nanti. Nak, taknak, kena belajar terima dengan redha. Kena sayang jugak tempat ni. (taknak kalah dengan budak Gombak)
Yelah. Semua perkara yang terjadi kan ada hikmahnya.
Kampus Gombak tu apaa..dorang tu dok kat kampus induk. Cakap sedapla.

Pasal roommate pulak....takde hal atau sebarang masalah pon. Walaupun semuanya aku tak kenal plus kawan kawan terpisah jauh..aku still hidup lagi ni. Tak matinya kalau terpisah dengan kawan tuh. Boleh dapat kawan baru. Hehe..

Oh ya. Pasal bilik. Sangatla membuat aku tak keruan. BENCI COMPARTMENT!!
Kewujudan compartment membuatkan aku rasa macam dok bertapa sorang sorang dalam bilik tu sekaligus me'limit'kan aktiviti sosial bersama roommate.
*Compartment = objek diperbuat dari kayu/plywood/konkrit yang menjadi pembahagi ruang di dalam sesebuah bilik.

Nasib baik ada laptop tersayaaaaang. *flying kiss kat laptop*  MyEm0.Com

Masa Taaruf Days pulak (takleh cakap Week pasai tiga hari je dia buat), time paling best hanyalah Cultural Night je. Huah huah huah.. Jahatnya mulut aku.
Bukanla pasal anti-committee ke apa..tapi sapa la yang suka sangat dengar taklimat tu kan? Kan?
Memang tipu bedooh la kalau korang suka tercongok dalam dewan tu. Boring sehh.

Aku siap tido lagi.  MyEm0.Com (awww..jujurnya diriku ini)

Bab Kulliyyah pulak, saya ialah student Kulliyyah ALLHS program Fisioterapi. Pewiitt.. First batch you!
Bangga dalam tersiksa ni namanya. Paham paham la kalo dah first batch tu.
Mana mau cari rujukan. Sendiri mau buat.
Tapi kitorang ada gym. YEAA!

Boleh main bola yang besar tu. Pingpong pon ada. Kihkihkih. Tah sempat ke tak nak main. Sekali kena pelangkung dengan lecturer pakai bola pingpong baru hang tau. Haa..

Okela. Kuantan, nice to meet you. (nice huh?). MyEm0.Com



Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )

Done? Thanks for reading.