hey
>

UIA Kuantan.. woot~woot~


Assalamualaikum. Kukuku..

Aku sekarang ni dah masuk enam hari 'gila' kat UIA..  MyEm0.Com  . Homesick takpayah cakap la.
Tapi dua tiga hari mula mula tu je la. Ni kalau dah masuk enam hari pon mau homesick lagi memang nak kena lempang ah. Ish..ish..ish..

Ulasan pasal UIA Kuantan ni..erm..jawapan aku : No komeng.
Jawapan ala ala retis gitu..puii~
Sebab kalau aku jawab secara jujurnya..memang takdak sapa nak tinggal kat mahallah (hostel) UIA Kuantan ni jawabnya. Kemudahan yang disediakan sangatlah poor poor poor kuasa tiga yang amat.

CFS lagi bagus. (ikhlas dari hati aku cakap)

Memang dengar macam aku ni langsung tak bersyukur, mengada ngada, over (memang over pon) dan gedik nak mati. Tak payah nak hipokrit sangat. Kalau memang dah 'poor' tu, 'poor' la jugak. Nak sorok apekebendanya. Sedapkan hati la tuuu..kehkehkeh~

Tapi semua ada pendapat dan cara penerimaan masing masing.
Tapi macam mana sekalipun, nilah tempat aku untuk empat tahun akan datang nanti. Nak, taknak, kena belajar terima dengan redha. Kena sayang jugak tempat ni. (taknak kalah dengan budak Gombak)
Yelah. Semua perkara yang terjadi kan ada hikmahnya.
Kampus Gombak tu apaa..dorang tu dok kat kampus induk. Cakap sedapla.

Pasal roommate pulak....takde hal atau sebarang masalah pon. Walaupun semuanya aku tak kenal plus kawan kawan terpisah jauh..aku still hidup lagi ni. Tak matinya kalau terpisah dengan kawan tuh. Boleh dapat kawan baru. Hehe..

Oh ya. Pasal bilik. Sangatla membuat aku tak keruan. BENCI COMPARTMENT!!
Kewujudan compartment membuatkan aku rasa macam dok bertapa sorang sorang dalam bilik tu sekaligus me'limit'kan aktiviti sosial bersama roommate.
*Compartment = objek diperbuat dari kayu/plywood/konkrit yang menjadi pembahagi ruang di dalam sesebuah bilik.

Nasib baik ada laptop tersayaaaaang. *flying kiss kat laptop*  MyEm0.Com

Masa Taaruf Days pulak (takleh cakap Week pasai tiga hari je dia buat), time paling best hanyalah Cultural Night je. Huah huah huah.. Jahatnya mulut aku.
Bukanla pasal anti-committee ke apa..tapi sapa la yang suka sangat dengar taklimat tu kan? Kan?
Memang tipu bedooh la kalau korang suka tercongok dalam dewan tu. Boring sehh.

Aku siap tido lagi.  MyEm0.Com (awww..jujurnya diriku ini)

Bab Kulliyyah pulak, saya ialah student Kulliyyah ALLHS program Fisioterapi. Pewiitt.. First batch you!
Bangga dalam tersiksa ni namanya. Paham paham la kalo dah first batch tu.
Mana mau cari rujukan. Sendiri mau buat.
Tapi kitorang ada gym. YEAA!

Boleh main bola yang besar tu. Pingpong pon ada. Kihkihkih. Tah sempat ke tak nak main. Sekali kena pelangkung dengan lecturer pakai bola pingpong baru hang tau. Haa..

Okela. Kuantan, nice to meet you. (nice huh?). MyEm0.Com



Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )

1 comment:

Anonymous said...

klu boleh nk tnye cgpa mse cfs brpe?fisioterapi termasok allhs kn?krenye mnimum cgpa 2.5 la kn?

Done? Thanks for reading.