hey
>

Malaysia Yang Merdeka

Assalamualaikum

31 Ogos 2012 :
Kalau flashback balik 55 tahun dulu pada tarikh ni, mesti sekarang satu Tanah Melayu ni tengah excited tahap dewa punya sebab negara tercinta kita secara official bebas dari penjajahan. Semangat berkobar kobar demi tanah air punya pasal.

Kalau time sekolah rendah dulu, time cikenit dulu, aku sekarang tengah excited dok nyanyi lagu Sudirman kat perhimpunan. Punyala semangat nyanyi dengan kawan kawan. Semangat sambut merdeka tu kuat betul. Pastu mula la cikgu kelas kite (tambah tambah cikgu P.Seni) suruh lukis gambar bendera atas kertas A4. Buat karangan la, sajak la..Yang penting pasal kemerdekaan la.

Kalau sekolah menengah pulak, takkan nak lukis bendera lagi kan? Kitorang beli kat koperasi je. Yang ada coklat sedap tu. Wahh..betapa tak 'matured'nya aku. 
MyEm0.Com
Biasanya cikgu provoke suruh buat karangan je. 
Kejap.. 
Kenapa kena ada perkataan provoke tu? Kenapa pulak cikgu kena suruh? Pelajar takkan buat sendiri ke secara 'natural'nya kalau cikgu tak suruh? Habis tu, kalau golongan yang dah tinggalkan alam persekolahan tu, camana dorang tunjuk semangat sambut hari kemerdekaan? Haa..tak ke bertubi tubi soalannya. Banyak tanya pulak aku. Kalah Kiah Propa. Puii..

Aku tiba tiba semangat nak tulis pasal ni rentetan dari kes yang berlaku malam merdeka semalam.
Semalam aku and the family baru balik dari rumah mak sedara aku sebab kitorang buat kenduri kesyukuran+solat hajat+open house kat sana. Dalam lebih kurang pukul 12 lebih tu baru habis mengemas suma. Umi yang drive balik masa tu. Biasanya time gini dah lengang dah bandar Kota Bharu. Tapi dek kerana semua still semangat sebab baru lepas habis buat countdown merdeka, maka penuhla anak anak muda di kedai kedai makan beserta kopitiam dan tepi jalan. Tak kurang juga ada yang buat konvoi sama ada menunggang motor atau basikal. Ada juga yang hanya mampu membonceng motor member. Kecian..so sad..
*Motor untuk belia dan basikal untuk amatur. 
Walau bagaimanapun (kan aku dah guna penanda wacana tu), bukanlah anak anak muda itu yang aku nak 'highlight'kan. Tapi anak anak muda yang sedang gembira melempar mercun di jalan raya di mana kereta kereta tengah tunggu lampu merah bertukar hijau. 
Adakah ini konspirasi? Provokasi? Atau berkasi kasi lagi?

Woii..hangpa ingat baguih ka buat lagu tu? MyEm0.Com Bukan sekali dua dorang baling mercun. Tapi berpat lima belas kali. Nak habiskan stok mercun raya ke hapa?
Kalau kena kereta camno? Kalau kena pejalan kaki camno? Bahaya sehh.. Lagi sakit hati pasai budak budak bingai ni tak nampak bayang pun. Tah dari mana la depa baling. Sikit lagi mao kena kereta. Haii..ni yang aku jadi hangeenn balik nih.

Ini ke cara korang tunjuk semangat sambut merdeka? Sangat tak patut. Kalau ada pemandu yang kena serangan jantung pastu hilang kawalan ke atas pemanduannya camno? *over pulak imaginasi aku*

Akhir kata, moral of the story, sambutlah kemerdekaan dengan cara yang betul. Tu je motip aku asal asalnye .. Kihkihkih..




SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-55 !!  =)









No comments:

Done? Thanks for reading.