hey
>

Kimchi Ramen

 ASSALAMUALAIKUM


Fuhh. Dah lama tak taip sebarang entri. Dan sekarang aku rasa macam kaku gila nak taip menatang apa..
Meh kita mulakan dengan makanan. Sape yang tak suka makan ye dak...

Kalo sebut je pasal makanan, salah satu makanan yang wajib semua rakyat Malaysia ni kenal ialah mi segera. Kat Jepun biasanya dorang dok sebut sebut ramen. Amboihh..terus bunyi sedap. Kukuku.

Student la yang biasanya dok melantak mi segera ni. Tambah tambah yang nginap kat asrama. Pehh..makan ramai ramai. Selera habes!
Tak kisahlah jenama hapa pon. Sebab mi segera ni memang diakui sedap tanpa mengira brand. Tapi malangnya tak berkhasiat, tak kenyang, dan menjuruskan kepada otak lembap tahap dewa. Tapi kalo dah mengidam, terliur sakan tu, makanla jugak. Eheh.

Padahal umi ngan nenek aku dah berbakul bakul pesan jangan dok hadam sangat benda ni. Tapi sebagai student yang sentiasa lapar tak kira masa dan di mana saja, aku tak mampu menahan tarikan visual mahupun baunya yang menggoda itu. Nom~nom~


Mi segera sodap tahap meleleh ayak liur yang aku nak perkenalkan ialah...

JENG! JENG! JENG

Kimchi Ramen!!!

"Pertama di Malaysia..Kimchi cawan rangup berempah..Panas panas sedapp.."
(pernah dengar tak iklan style gini?) Kihkih..





Haa..ni la dia kimchi ramen yang sodap tak hingat tuhh..Kau hado?
Takdok kan? Kan? Kan?(mereng)
Sapa pernah makan benda ni? Sila angkat tangan sebab kita satu geng!! LOL.

Tak payah nak gelabah sangat tengok tulisan kat cawan tu. Ramen ni dijamin halal. Keluaran Super lagi you. Ahaks! (macam bagus sangat la kalo jenama Super tu?)

Biasanya mi segera perisa kari yang jadi fevret kan? Yang tu pon dah sodap semacam. Haa..kali ni try pulak perisa kimchi nih. Pasti tak lena tidur. Huehehe..(over weh)
Pasai aku tak pernah dapat merasa kimchi ni (Korea mari..) , mi segera rasa kimchi pon jadi la.
Tapi setakat nak try tu oke la. Jangan dok harung gi makan hari hari pulak. Mau bengap abadi jadinya..
Diulangi, bengap abadi.

*kimchi = a traditional fermented Korean dish made of vegetables with a variety of seasonings.

Amboi..amboii.tiba tiba je 'translation' bahasa Inggeris kan? Nampak sangat ihsan Google.
Kuangkuangkuang.



Kimchi jenama Google.



Dulu masa aku still belajar kat CFS PJ, mi segera kimchi  ni senang je nak jumpa sebab kat kiosk kitorang ada jual benda ni. Pakcik lori tu letak sekejap je kat rak kiosk, petang tu terus licin. Tinggal habuk je rak tersebut. Haa..betapa sodapnya ramen ni sampai gitu sekali kau.

Part sedih : MyEm0.Com
Akan tetapi..sops..sejak belajar kat Kuantan ni..sops..susah bebenor nak jumpa ramen ajaib ni..sops..(lap hingus)..

Part happy balik : (bipolar mode activated)
Tapi hari tu masa merayau rayau kat Kuantan Parade nak cari kek untuk sambut birthday classmate, ternampak la kimchi ramen ni kat satu rak.. 

Fuhh..berkilau kilau je rak tu. MyEm0.Com

Aku pon beli la..dan terus makan lepas balik tu.
Begitulah alkisah aku dan kimchi ramen kesayanganku.
-the end-

Entri ni memang takde motip. bye.  MyEm0.Com



Done? Thanks for reading.