hey
>

Unpredictable : The Offer Letter

ASSALAMUALAIKUM..

MyEm0.Com

Haihhh..*coretan bermula dengan keluhan
Eh, tak baikla..Astaghfirullahalazim..Dua tiga hari ni aku asyik nak mengeeeeeluh je kejenye (sila baca dengan harakat yang betul).
Lebih tepat lagi tabiat ni makin menjadi jadi sejak dapat offer letter. So, dah tentunya kali ni aku nak membebel mengarut dan melalut pasal offer letter. Mari kita dengarkan..  *ewahh

Macam biasa lah, acara tahunan, tiap tiap bulan Julai  akan berdebarlah semua lepasan lepasan STPM, asasi, matrikulasi dan yang sama pangkat dengannya. Acara ni tak lain tak bukan ialah acara tunggu offer letter. Aku pun tak terlepas lah tahun ni.

Senang cite, dok tunggu punya tunggu, aku dapat  'Bachelor of Biomedical Sciences'. Muka aku time tu takyah cakap la..dah gini gini dah (-_-")  *gaya Johan RajaLawak.
But what can I say..memang padan dengan result ko..hamekawww..teh tarik kaww .. Masa ni la mulut memang terkunci rapat sebab tak layak nak komeng itu ini dan ini itu. Just accept it. Ngaji macam dotdotdot nak dapat offer bagus camana? Memang tu makan diaaa..haaa..

MyEm0.Com

Nak kasi tambah elemen sedih sikit, aku ni sebenarnya dok gila bagai nak rak dok harap dapat Fisio. Tapi tak semena mena la pulak sehari sebelum offer letter keluar, ada rumours mak mak Kiah cakap Fisio takdak. Pasai KPM tak approve..pasai tak cukup tenaga pengajar..

Alahaii..mana la tak menonong mak neng muka aku. Tak ke sadis dan hiba tu?? Sebelum masuk asasi lagi kot aku dok target Fisio..
Time ni dah takleh watpa dah..Rasa nak gelak pon ada.

Mula mula tengok perkataan Biomed tu rasa hampa. Pastu, dok termenung kejap rasa kosong. Kosong..kosong..kosong..(lagu najwa latip tu). Pastu dah stat nak sedih dah. Lepas dok chat chat ngan kengkawan yang lain tu dah stat serabut. Siap dah ready nak tukar U kot. Haha. Gila.
Pastu talipon Teah, nak suh tolong post transkrip. Tetibe rasa sebak. Lepas tu apa lagi..awan berarak mendung kelabu..kuangkuangkuang..

Malu bakk hang..nasib baik takdak orang nampak..Kakaka
Tahpape tah..berperingkat peringkat pulak dah step dia.
.Episod Sembilu sungguh.. MyEm0.Com


So, kiranya sekarang ni aku dah kembali pada kondisi dulu. Tak tentu arah. Takde cita cita yang jitu..tunjuk ajarku sifu. Fisio no more. Mesti ada je yang cakap :
"Kalo nak fisio sangat, tukar la U lain."
Heh, aku nak tukar dah la aritu..Terhegeh hegeh kot aku tanya kawan aku camne proses dia..Sekali, tengok kelayakan tak lepas daaa.. kuangkuangkuang...Nasib badaaaaaan..padan muka aku ngaji tahpape..
Kawan aku tu apply UKM wehh..walaweehhh..heh..heh..heh..

Tapi tu lagi satu hal..SAYA SAYANG UIA!!!!!!!!!!!!!!!!! Tak sanggup aku nak tinggal UIA..Sia sia dua tahun aku dok ngaji kat CFS kalo nak tukar U last2.. Sia sia tau tak?! Sia sia..*macam overacting pulak.




Tapi tu la, sebagai seorang Muslim, kita mestila tau..benda ni suma ada hikmah..Kena redha. Oke. Aku redha. Tapi tu tak bermaksud kita takleh usaha...ahhaa...nampak permainan diaaa??

Ermm, mungkin kite boleh cuba apply tukar course (kite?) Hikhikhik.. *gelak macam nak mintak kaki.
Yang tu taktau la aku. Masih dalam ikhtiar. Sebab taknak weh Biomed!! Kalo boleh nak wat rayuan tukar Optometri atau Audiologi. Manela tau masih ada kekosongan dan ruang buat diriku yang terdampar di pinggir perigi ni. *ceh!
Mintak mintak la dapat. Kalo tak dapat jugak, memang dah rezeki kat Biomed la tu..whattodo~

Macam tamak haloba pulak mintak dua dua course. Haha..eh, sukati aku la. Aku yang tulis surat. *mode mereng activated*beepbeep..beepbeep.

Sekarang ni aku dok giat menjalankan investigation pasai course course AllHS.. *eh,dah macam AIDS dah aku tengok. Agaknya tu jela benda berpekdah aku dok buat sejak cuti ni. Kalo idak, dok ngaaaaaadap TV ngan laptop doplohpat jam (sila baca dengan harakat yang betul).
Itu la hikmah dia gamoknye. Lepas buat sedikit research (sedikit oke), aku rasa Audio ngan Opto tu macam interesting jugak. Well, camne camne pong, aku kena tanam jugak rasa minat tu. Memang hanco belaja tanpa minat. Dan 'Fisio no more'. Kena belajar terima hakikat.

Pasal kes ni jugak la membuat aku tersedar tentang betapa lekanya aku sebagai hamba Allah.
Bila dah rasa susah baru la insaf. 
Bila dah rasa susah baru nak doa panjang panjang.
Bila dah rasa susah baru nak solat sunat.
Bila dah rasa susah baru nak dekatkan diri dengan Allah.



Lekanya aku. Ya Allah, permudahkanlah urusanku. 

Sekian. Wassalam. :)

p/s : aku plan nak tulis sikit je. tapi ter'dramaqueen' pulak. :p














No comments:

Done? Thanks for reading.