hey
>

Steamboat oh Steamboat

Assalamualaikum w.b.t  ^^

MyEm0.Com Wahh..cuti kali ni memang penat betol.  Padahal membuta je kejenya -_-"
Aku rasa memang otak aku makin berlumut dari hari ke hari [sigh]..haha..Well, sepanjang tempoh bebas dari exam,kuiz & tutorial ni, tak banyak sangat pun benda bagus yang aku buat.[sigh again]


Tapi time cuti ni la nak makan segala yang takde kat PJ dulu..of course la masakan umi terchentaa. YumYum~

Sebut pasal makan ni, opkos la otomatik jadi lapar..
Haa..masa gi rumah kakak kakakku hari tu, depa ni belanja la kitorang  kat satu restoran 'SatuKepalaRM30' ..Haha..Pelik bebeno nama eh~


Oke. Berbalik kepada restoran tu, nama dia takdela macam tu. Tu gimik je oke. Gimik.
Restoran ni dekat Setapak. Kat area Danau Kota. Kat mane tu? Aku pon taktau sebab bukan aku drive. Dan aku bukanlah penduduk kat Setapak. haha.


Yeahh..Flaming Steamboat Buffet..Punyela terhegeh hegeh nak capture.
 Malu pon ada..tapi lantak la..kasi balun juga~


Meh aku cite secara simple and dimple. Restoran ni sediakan makanan secara bufet. Satu individu dicaj RM30 dan korang boleh mentekedarah apa jua jenis makanan yang dihidangkan. See? Kan simple dimple je tu aku explain. Hahaha~

Aku agak terkinja kinja jugakla mula mula masuk tu sebab aku memang tak pernah makan kat restoran makan gaya bebas cenggini. Memang sesuai bebeno la dengan manusia tahap pelahap macam aku kan?
Bila sebut bufet ni memang confirm la kena layan diri. Macam macam la yang ada. Tapi tengok la nama restoran tu-steamboat.. So, menu utama jenis yang delica gitu. 


Haa..amekau~~~ Mati mati aku ingat pasar borong mane la yang kakak aku gi terjah ni. Macam kat pasar malam PasirMas dah. Ambik pinggan pastu kutip 'pilihan hati' pakai penyepit dia. Station ni budak budak punya ni..fishball semacam. NEXT STATION please..Haha..mak datok demand. Kakiball mau?



Ni la baru best..Golongan cockle dan shell sekalian..Ketam?Udang? Kepit jangan tak kepit..Malu dekat 'brother brother' sebelah? Belakang kira..perut aku kenyang, sukahati. = tidoq lena
MyEm0.Com




Oh! Station adik adik lagi..NEXT~





Err..yang ni memang buat aku termangu lima saat.Entahla apekah binatang ini.. [memang betol binatang oke.]





Of course memang tak sah makan steamboat tanpa 'colek'nya..A.K.A sos.  Hah, kau siramlah banyak mane sos kau nak..Berbagai bagai perisa, kaler, mahupun texture. Jangan minum sudah. 





Oh, anda vegetarian? Ketedarahla sayur tu puas puas..haha..Takdela. Biasanya kalo makan steamboat tak syok kalau takdak kangkung. Tapi bukan setakat kangkung. Sawi, salad, kailan, rumput? Semua ada. Bon appetite :)


Semua makanan laut atau 'ball-ball' yang korang ambik tadi kena rebus sendiri. Kat meja makan tu dah sedia ada dah 'periuk' merebus dan boleh pilih sama ada nak kuah sup atau kuah tomyam. Biasanya kuah sup lagi sedap. Hehe..

Nak pergi tempat gini disyorkan pergi dengan famili. Sesuai betol nak eratkan hubungan. Abang dengan adik boleh main perang baling baling udang sotong masa makan. Kakak kakak boleh main berebut sape nak rebus dulu. Pastu kuah terpercik sana sini.. Haa..kan erat tu..
Oke, that's kinda lame joke. Sila abaikan.




Hehe..let's move to the most exciting part. TADAAA!
MyEm0.Com
Ni la mesin ABC layan diri. Hehe..memang tersengih sengih jakun aku time tengok benda. Rasa excited, gatal dan jakun bersatu dalam limpa dan perut suma.

Yela. mana penah buat ABC sendiri. Nak jugak try. Selama ni dok tengok kakak Indon kat cafe je buat. Kepingin jugak aku sehh! Sanggup ha beratur tunggu suma.






HASILNYA ....

Sangatla burok. hudoh. tak menyelerakan aku tengok..haa..! [saiz gambar pon ciput cikenit je malu punya pasal]. Ni pun  dah lepas kacau kacau suma. Tengok rupa pun dah macam ni, rasa apetah lagi. Aku hampir pingsan lepas mencuba suapan pertama..Haha..Tak sedap langsung wa cakap sama lu! Memang la aku ni takde bakat buat ABC. sop3. Insiden memalukan ni buat aku respek kat penjual ABC di serata dunia.. haha..over sudah~


Untuk orang yang alah pada makanan laut. Dont worry. Makanan lain masih lagi dihidangkan - mi goreng, nasi goreng, ayam bakar, dimsum, askrem..tapi mana maunyee...yang tu hari hari boleh makan :p


Satu lagi perkara terpenting yang sangatla perlu korang ketahui pasal tempat ni - Makanan tak habis akan dicaj. Muahaha.. So, the moral is never bring 'a person on diet' to this restaurant. 
RUGI BESAR WEH! MyEm0.Com

Pastu masa sesi mengutip tu, bajet bajet la perut tu mampu diisi banyak mana. Jangan nak over sangat amik tiga,patblas ekor udang sekali kutip. Perit urat merih la nak perabih nanti.
Teringat kat abah yang memang dah trauma tengok udang sejak balik dari kedai makan tu. Haha..

The End. ;)

No comments:

Done? Thanks for reading.